DSV Berdepan Dakwaan Muat Naik Hantaran Komunikasi Sumbang Menerusi Youtube

Tambah ke Sumber Pilihan
DSV Berdepan Dakwaan Muat Naik Hantaran Komunikasi Sumbang Menerusi Youtube

Seringkali terpalit dengan kontroversi, usahawan kosmetik  Datuk Seri Hasmiza Othman atau lebih dikenali sebagai Datuk Seri Vida (DSV) kini sedang berdepan dengan dakwaan memuat naik komunikasi bersifat sumbang beberapa bulan lalu.

Memetik laporan Berita Harian, DSV dikatakan akan didakwa di Kompleks Mahkamah Sepang dan dilihat tiba di perkarangan kompleks berkenaan pada jam 9.50 pagi tadi.


Komunikasi sumber menerusi lagu viral

Dikhabarkan, DSV akan didakwa di hadapan Hakim Ahmad Rizki Abdul Jalil, mengikut Akta Komunikasi dan Multimedia (AKM) 1998 kerana membuat dan memulakan penghantaran komunikasi yang bersifat sumbang.

“Ia berikutan kesalahan membuat dan memulakan penghantaran komunikasi bersifat sumbang. Ahli perniagaan itu akan didakwa di Mahkamah Sesyen Jenayah (1) Sepang, pada jam 9 pagi,” menurut Jabatan Komunikasi Korporat Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM).

Menurut sumber, DSV melakukan kesalahan itu di YouTube menerusi sebuah lagu yang viral di media sosial beberapa bulan lalu.

Sebelum ini, usahawan kosmetik lain seperti  Datuk Seri Aliff Syukri Kamarzaman telah dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Sepang, atas 4 pertuduhan membuat dan memulakan penghantaran komunikasi video bersifat sumbang pada April lalu.

Baca : [VIDEO] Tiada ‘Father Figure’ Dalam Hidup, Cik B Akui DSV ‘Incredible Mom’

Cik B Dsv

Apa rasa korang?

Topik berkaitan

Izuan Jelani
Lagi tulisan Izuan
Mende?

Jangan terlepas cerita panas.

Dapatkan cerita pilihan kami terus ke e-mel anda.
Newsletter
Kami hanya guna e-mel anda untuk surat berita kami.

Reels

Rehat kejap. Leret, tonton, gelak.

Lihat di Instagram(buka di tab baharu)

Jangan terlepas cerita panas.

Dapatkan cerita pilihan kami terus ke e-mel anda.

Percuma

Lobak Merah

Cerita pilihan kami

  1. Bunyi Penggera Kecemasan Terus Ke Telefon, Rupanya Ini Teknologi Di Sebalik Tabir MySiren
  2. “Asyik Genting dengan Cameron je” – Ini 9 Tempat Percutian Sejuk Yang Ada Di Malaysia
  3. Tandas Pun Boleh Menang Anugerah? Ini Yang Menarik Tentang PETRONAS Presint 18!
Dengar

Masuk ke Lobak Merah

Akaun pembaca Lobak Merah dibuka tak lama lagi. Nanti korang boleh simpan cerita yang korang suka dan sambung baca bila-bila masa.

Kongsi cerita ni

DSV Berdepan Dakwaan Muat Naik Hantaran Komunikasi Sumbang Menerusi Youtube
Facebook X Telegram Threads
lobakmerah.com/dsv-berdepan-dakwaan-muat-naik-hantaran-komunikasi-sumbang-menerusi-youtube/

Cari cerita

Carian tengah naik

  1. anwar ibrahim
  2. kementerian digital
  3. najib razak
  4. PDRM