in

“Driver warga asing, takde lesen”- Penunggang Motosikal Maut Digilis Treler & Diseret 14 Meter Hingga Badan Hampir Putus 2

Featttttttttttttttttttttttttttttttttttttttt

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Seorang penunggang motosikal maut setelah badannya hampir putus dua daripada bahagian pinggang dalam satu kemalangan di Jalan Sungai Buloh, berhampiran Kem Tentera Sungai Buloh semalam. Mangsa Mohamad Hafiz, 28, diseret kira-kira sejauh 14 meter maut selepas digilis dan diseret oleh sebuah treler. .


Dalam kejadian 12.29 tengah hari, mangsa dikatakan melanggar bahagian kiri sebuah Proton Waja yang cuba mengubah laluan ke kiri jalan.

“Mangsa tidak sempat mengelak dan terlanggar belakang kiri Proton Waja terbabit dan jatuh di sebelah kiri laluan.

“Pada masa sama, sebuah treler yang berada di belakangnya tidak sempat mengelak tergilis mangsa dan menyeretnya sejauh kira-kira 14 meter,”- Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Selangor, Superintendan Azman Shariat

Accident Feat

Mangsa yang meninggal di tempat kejadian telah dibawa ke Hospital Sungai Buloh untuk bedah siasat.

Berdasarkan siasatan pemandu Proton Waja tersebut merupakan warganegara Bangladesh dan ketika kejadian dia dikatakan memandu kenderaan milik majikannya serta tidak mempunyai lesen memandu yang sah, lapor Berita Harian.

Dia ditahan  mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 bagi memandu siasatan.

Orang ramai juga diminta untuk berhubung berkaitan kemalangan itu dengan menghubungi pegawai penyiasat, Inspektor Muhammad Fahmi di talian 014-3667353.

 

Accident Metro

 

Baca : “Nampak jelas motor langgar divider” – Viral Rider FoodPanda Kemalangan, Pemandu Accord Nafi Langgar Lari

Accident Baca

Sumber: Harian Metro

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.