in

[VIDEO] Dr Amalina ‘Share’ Cara Hilangkan Bau Busuk Kentut, Ada Yang Kata Memang Menjadi!

Collage 49

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Walaupun kentut ni merupakan perkara normal dan sihat untuk kita semua, tapi bila depan orang tu memang malu betul kalau kentut berbunyi. Tapi dah semestinya tak boleh lawan silent killer, kentut senyap tapi bau diaaaaa!



Baru-baru ini, menerusi Instagram Dr Amalina ada kongsikan satu video tentang kentut berbau.

Selebriti terkenal pun kentut

Screenshot 2021 08 30 At 12.02.46 Pm Side

Menurut Dr Amalina, semua orang kentut, tak kiralah orang tu selebriti Hollywood terkenal, supermodel atau Queen sendiri. Ini kerana kentut adalah perkara yang normal dan secara purata setiap orang kentut 5-15 kali sehari tau!

Percaya atau tidak, 99% gas yang dikeluarkan tak berbau tapi kadang-kadang kentut korang jadi terlalu busuk sampai korang tertanya-tanya kenapa benda ni berlaku?”

Penyebab kentut jadi terlalu busuk

Screenshot 2021 08 30 At 12.04.42 Pm

Dalam perkongsian Dr Amalina ini, dia katakan penyebab kentut bau busuk adalah kerana makanan yang tinggi sulfur. Ketika pencernaan, bakteria di perut keluarkan sulfur mengandungi kompaun seperti hidrogen sulfida yang membuatkan gas korang berbau.

Jadi, makanan seperti kobis, brokoli dan pucuk brussel boleh menyebabkan kentut korang bau seperti telur busuk.

Kedua, intoleransi laktosa di mana orang yang tak boleh pecahkan karbohidrat laktosa hingga menyebabkan karbohidrat ini diperam atau bahasa mudahnya karbohidrat ditapaikan oleh bakteria dalam perut hingga menjadikan kentut korang berbau.

Seterusnya, ubat-ubatan. Ubat seperti statin yang membantu untuk menurunkan kolestrol dalam badan, boleh menyebabkan kentut berbau.

Selain itu, sembelit juga merupakan punca kentut berbau kerana bila korang tak boleh buang air besar secara berkala, ia boleh menyebabkan bakteria dan bau mula berkembang.

Nombor lima, kekacang. Walaupun kaya dengan protein, antioksidan, vitamin, dan mineral ia akan menyebabkan kentut korang jadi sangat busuk!.”

Tips hilangkan kentut bau busuk

Screenshot 2021 08 30 At 12.05.25 Pm

Dr Amalina memberitahu, kentut yang berbau adalah perkara yang biasa dan tak perlu dirisaukan. Tapi kalau korang demam, berat badan berkurangan, cirit birit berpanjangan atau darah dalam najis sekali dengan kentut berbau, korang perlu jumpa doktor.

Tapi, Dr Amalina juga ada kongsikan cara-cara untuk kurangkan bau kentut yang terlalu busuk ni tau!

  1. Makan makanan dengan portion yang sikit tapi lebih kerap.
  2. Minum atau kunyah makanan korang perlahan-lahan.
  3. Kerap bersenam untuk tingkatkan pencernaan makanan.
  4. Terakhir sekali, minum peppermint tea atau teh yang diletakkan daun pudina.

Eh senangnya? Bukan tu je tau, ada netizen yang komen dekat video Dr Amalina ni cakap yang memang pepermint tea buatkan kentut dorang tak berbau. Wahhh!

Kami memang tanam pepermint tea dan memang kami tak ada masalah dengan kentut berbau. Bukan tu ke, kami letak banyak pasu yang ada peppermint dekat dapur dan tempat makan. Lalat memang tak suka!

Screenshot 2021 08 30 At 12.00.45 Pm

Uish berkesan rupanya, bolehlah korang hilangkan kentut berbau tu!

 

Baca: “Risiko amat rendah” – Dengar Macam Lucu Tapi COVID 19 Sebenarnya Boleh Berjangkit Melalui Kentut?

Screenshot 2021 08 30 At 12.10.49 Pm

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.