in

“Saya tak pernah pertikai hukum Islam” – Dr. Amalina Berang Ada Netizen Komen ‘Kotor’ Berkenaan Anaknya

komen lucah anak dr amalina

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Isu khitan bayi perempuan adalah sesuatu yang sering menjadi perdebatan dalam kalangan komuniti ibu bapa.

Baru-baru ini, Dr. Amalina yang merupakan seorang doktor kelahiran Malaysia dan menetap di United Kingdom, berkongsi berita gembira di mana beliau telah menimang cahaya mata sulungnya pada bulan Oktober lepas.


https://www.instagram.com/p/CmG529poF6i/?utm_source=ig_web_copy_link

Umum mengetahui Dr. Amalina selalu menyantuni pengikutnya dan berkongsi ilmu tentang kesihatan terutama sekali kesihatan wanita dan bayi melalui Instagram miliknya.

Seorang individu telah bertanyakan soalan di Insta Story Dr. Amalina melalui ‘Ask Me A Question’ berkaitan sunat atau khitan bayi perempuan di United Kingdom, beliau kemudian menjawab, sunat anak perempuan adalah dilarang di United Kingdom.

Perkara itu telah menarik perhatian ramai dan beberapa portal berita melaporkan mengenai respon Dr. Amalina itu, pun begitu ianya mengundang kecaman beberapa individu malah terdapat juga mereka yang tidak bertanggungjawab meninggalkan komen berbaur lucah.

Dr. Amalina hari ini melalui Twitter miliknya menyatakan rasa hampanya terhadap mereka yang tidak beretika mengenangkan anaknya itu baru sahaja berusia 9 minggu.

Malah, beliau juga berkongsi khitan bagi bayi perempuan adalah diharamkan dalam undang-undang Islam dan kesihatan di United Kingdom.

drab

Hmm, korang janganlah suka nak komen tak sopan macam tu…

Baca: “Sini 3 bulan je” – Ramai Jealous Dr Amalina Boleh Ambil ‘Maternity Leave’ Sampai Setahun

Collage 21

Sumber: Twitter

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.