in

Doktor Kerajaan Dedah Sebab-sebab Kenapa Hospital di Malaysia Boleh Ancam Nyawa Pesakit

Page Hospital2

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Siapa yang boleh lupa dengan tragedi kebakaran yang berlaku di Hospital Sultanah Aminah di Johor Bahru (HSAJB) pada Oktober 2016 yang lalu. Kejadian menyayat hati itu dah buka mata orang ramai serta pihak tertentu untuk memperbaiki ciri keselamatan di hospital.


Tapi rasa sedih dan kecewa bila satu lagi kebakaran berlaku di HKL pada 17 Mac 2018. Mungkin ini semua takdir yang dah tertulis tapi setiap kecelakaan boleh dielak jika ciri keselamatan tidak diambil mudah.

H3 1
sumber: mmo

Terbaru, kami dapat surat layang daripada seorang doktor hospital kerajaan yang dah dedahkan bagaimana hospital di Malaysia boleh mengancam nyawa pesakit.

Dia tulis,

“Admin, saya tulis secara anonymous sebab saya khuatir nama saya diketahui. Saya terdesak sangat nak pihak berkuasa ambil tindakan untuk memperbaiki situasi di Kementerian Kesihatan.”

“Surat ini ditulis untuk menggesa pihak yang terlibat untuk menjadi lebih proaktif dan tangkas dalam mengambil tindakan untuk menyelesaikan isu ini.”

Doktor kerajaan ini mendedahkan sebab-sebab kenapa hospital di Malaysia menjadi ancaman kepada pesakit:

  • HSAJB just ada satu pintu keluar dan tak ada laluan kecemasan kebakaran yang sempurna.
  • Hospital Sandakan ada masalah dengan bilik pembedahan selama lebih setahun dan telah beberapa kali perlu diperbaiki.
  • Hospital Lahad Datu ada bilik pembedahan maternal yang tidak digunakan sejak dibina 15 tahun yang lalu sebab pentadbiran yang lemah.
  • Hospital Queen Elizabeth 1 dan 2 serta Hospital Likas mempunyai masalah bajet, kekurangan ubat dan masalah infrastruktur.

Parah ni kalau hospital macam ni. Macam mana nak rawat pesakit dalam keadaan yang macam tu?

H4 2
sumber: mstar

Suami terpaksa dukung isteri yang tengah mengandung untuk naik ke bilik pembedahan sebab lif rosak!”

Oh my! Apa nak jadi ni? Kenapa macam teruk sangat je keadaan hospital dekat Malaysia. Tapi kalau korang rasa itu dah teruk, teruskan baca pendedahan doktor ni.

“Lampu di bilik bedah tertanggal dari siling di Hospital Likas!”

Nasib baik tak kena pesakit. Tapi ada beberapa staf dekat dalam bilik bedah tu tercedera disebabkan oleh accident tu.

“Saya berharap sangat yang surat ni dapat buka mata pihak yang berkenaan untuk ambil tindakan sewajarnya tanpa jadikan bajet sebagai alasan dan bukan setakat bagi janji-janji manis konon nak baiki dan upgrade tapi senyap dikemudian hari.”

H2 2
sumber: astro awani

Kementerian kesihatan perlulah lakukan siasatan di setiap fasiliti kesihatan di Malaysia bagi mengelakkan masalah seperti ni timbul lagi dan membahayakan pesakit. Masalah ini perlu dibendung segera sebab hospital sepatutnya menjadi tempat untuk menyelamatkan nyawa dan bukan sebaliknya.

Harap ada yang ambil tindakan. Bahaya ni!

Baca: Lelaki Buat 7 Prosedur Pembedahan di Malaysia, Meninggal Tak sampai Seminggu!

H1 2

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.