in

“Doktor kata akar gigi rosak, gigi longgar” – Gigi Cantik Gadis Rosak Gara-gara Buat Braces di Ampang

Lady Gets Braces At Ampang Clinic Ends Up With Horrible Infection And Damaged Roots World Of Buzz

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Dulu kita sering diingatkan bahayanya membuat pendakap gigi atau braces dengan mana-mana peniaga online ataupun mereka yang tidak bertauliah mengenai ilmu pergigian. Sudah banyak kes berlaku, di mana mangsa mengalami kerosakan gigi dan pendarahan yang teruk akibat percaya dengan doktor gigi jadian ini.


Namun kisah yang ini lain pula ceritanya. Pada 22 Disember lalu, seorang netizen bernama Jenny telah berkongsi pengalaman ngerinya membuat braces di sebuah klinik pergigian di Pandan Indah, Ampang,

Menurut WORLD OF BUZZ, gigi mangsa sebelum ini memang tiada masalah dan berada dalam keadaan tersusun. Namun dia telah memutuskan untuk membuat pendakap gigi juga kerana dia mahu menguruskan bahagian pipinya dengan menyelaraskan bentuk giginya. Ish, ish… sengaja cari penyakit ni!

25591905 1617631421689326 7277392687719615666 N
sumber: wob

“Setelah enam bulan, doktor gigi itu beritahu saya yang pendakap gigi ini sudah boleh ditanggalkan, lalu saya selesaikan pembayaran.

“Namun setiap kali saya ke sana untuk membuat susulan, tiada siapa pun yang menanggalkan ia untuk saya. Hal ini berlanjutan hingga setahun lamanya,” kata Jenny.

Apa yang lebih pelik, sungguhpun dia telah membuat temujanji setiap kali ingin ke sana, klinik tersebut secara tiba-tiba tutup apabila dia tiba. Hmm pelik ni… Disebabkan hal itu, giginya secara perlahan menjadi longgar dan tidak lagi tersusun. Namun doktor tersebut telah berjanji untuk membaiki keadaan giginya.

“Ketika gigi saya sedang digilap, peralatan yang digunakan telah tersangkut pada gigi. Dia telah memaksa ia keluar dengan kuat sehingga menyebabkan keretakan pada batang gigi dan bibir saya berdarah.

“Keretakan itu hingga akar gigi menyebabkan jangkitan. Bakteria membiak di sana dan terdapat nanah yang keluar darinya.” 

Alamak… makin teruk pulak! 

Kemudian doktor tersebut terus-terusan berkata perkara yang tidak masuk akal seperti gigi Jenny akan kembali baik seperti sediakala dan jangkitan bakteria yang berlaku adalah normal serta pernah berlaku kepada sesiapa sahaja. Aduh biar betul doktor ni???

25497999 1617631501689318 8020071553235453220 N
sumber: wob
25508134 1617631455022656 5386041245243083390 N E1514525421516
sumber: wob

Untuk menghilangkan jangkitan tersebut, doktor gigi berkenaan telah memberi satu suntikan yang menyebabkan dia merana kesakitan. Namun Jenny tidak mampu bertahan lagi, lalu dia memilih untuk bertemu doktor gigi lain di Sunway.

“Doktor itu kata akar gigi saya sudah rosak. Semua gigi saya sekarang longgar dan saya harus jalani rawatan kanal akar (root canal treatment). 

“Selepas menggerudi lubang dan membersihkan akar gigi dan saraf, prostesis telah dimasukkan ke dalam gusi saya.” 

25508106 1617631471689321 2430644606077189711 N
sumber: wob

Selain daripada mengalami kesakitan yang melampau, Jenny juga terpaksa mengeluarkan sejumlah wang yang banyak untuk rawatan dan prosedur pengeluaran nanah. Dia juga diberitahu bahawa terdapat peluang gigi yang retak tadi bakal menjadi longgar dalam tempoh lima tahun.

Meskipun Jenny meminta untuk memakai semula pendakap giginya, doktor gigi tersebut memberitahu dia perlu menunggu beberapa bulan lagi sebelum ia dipasang semula kerana keadaan giginya masih lemah.

Bagi yang ingin mengetahui apakah nama klinik gigi tersebut, anda boleh periksa sini.

Hati-hatilah ketika memilih doktor gigi dan rawatan yang mereka tawarkan. Kalau gigi dah cantik tu tak payahlah gatal-gatal nak buat macam-macam lagi. 

Baca: Gadis Ditipu Peniaga Online Bayar RM580 Untuk Braces Tiruan Yang Berharga RM10 Sahaja

Braces

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.