in

“Doakan mereka” – Identiti Adik Maisarah Yang Gelek Guna ‘Hula Hoop’ Ini Buat Ramai Sebak & Terharu

Adikmaisarah4

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Tengah dok scroll di Twitter ataupun FB, pasti korang ada perasan video seorang kanak-kanak comel yang bergelek guna gelung rotan (Hula Hoop) tu kan?


Mesti tersenyum kecil sebab ‘cair’ melihat telatahnya. Rasanya kalau tengok berulang kali pun tak bosan.

Memandangkan video itu viral, pendidik Fazri Hassan dihujani pertanyaan tentang adik comel yang bernama Maisarah ini. Bila sudah diperkenalkan rasa macam sebak dan terharu pun ada.

 

Maisarah. Murid pendidikan khas kategori Global Development Delayed Tahun 2.

Untuk pengetahuan adik Maisarah ini boleh dikatakan kanak-kanak istimewa, dia menghidapi Global Developmental Delayed (GDD) iaitu seorang kanak-kanak yang tidak mencapai tahap perkembangan yang sepatutnya berdasarkan umurnya.

Ketika video ini dirakam adik Maisarah dan rakan-rakannya sedang menjalani latihan untuk Kejoharan Olahraga Program Pendidikan Khas Integrasi (PPKI) di Sandakan, Sabah.

 

Gelagat adik Maisarah

Dalam pada itu, Fazri juga ada kongsikan sedikit info mengenai pendidikan khas ni. Untuk pengetahuan ia ada 3 kategori, mereka sekolah biasa cuma murid-murid dalam pendidikan khas ini aktivitinya tidak akan sama dengan pelajar-pelajar lain.

“Terdapat 3 kategori utama dalam Pendidikan Khas

1.Kelas Pendidikan Khas Pembelajaran
2. Kelas Pendidikan Khas Penglihatan
3.Kelas Pendidikan Khas Pendengaran

Apa itu PPKI? PPKI adalah singkatan bagi Program Pendidikan Khas Integrasi. Murid PPKI belajar di sekolah biasa tetapi mempunyai kelas sendiri dan kurikulum yang disediakan untuk Pendidikan Khas.

Murid PPKI belajar di sekolah biasa tetapi mempunyai kelas sendiri dan kurikulum yang disediakan untuk Pendidikan Khas.”

Malah dia juga menyeru orang ramai untuk sentiasa memberi sokongan dan dorongan kepada golongan-golongan ini.

Tak semestinya mereka tak boleh maju, Ridhuan Puzi dan Latif Romly ada contoh yang boleh dijadikan role model bahawa kekurangan seseorang tu bukan batasan untuk maju.

Mengenai adik Maisarah pula, ramai netizen jadi terharu dan sebak apabila mereka mengetahui identitinya. Masing-masing terhibur melihat karenah adik Maisarah ni.

 

Baca : Comel je dukung masuk kelas..” – Netizen Terhibur Cara Cikgu Ni Pujuk Murid Tahun 1 Masuk Kelas Lepas Gagal ‘Berdiplomasi’

Cikgusweet

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.