in

“Dah kenapa nak letak foundation kat ular?” – Syarikat Review Kosmetik Dikecam Test Produk Ke Atas Binatang

Untitled Collage 2 1 E1644033161280

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Lobak Merah
Lobak Merah
"Dah kenapa nak letak foundation kat ular?" - Syarikat Review Kosmetik Dikecam Test Produk Ke Atas Binatang
Loading
/

Makin pelik cara marketing orang sekarang, baik dari pihak pengeluar kosmetik sampailah kepada tukang review untuk mempromosikan produk mereka.


Terbaru, sebuah syarikat perniagaan kosmetik dalam talian teruk dikecam orang ramai kerana menggunakan taktik cheap marketing — setelah satu video product reviewnya tular di laman sosial kerana membuat demonstrasi pemakaian foundation ke atas ular!

Difahamkan, foundation berkenaan adalah dari jenama pengeluar kosmetik tempatan.

Tindakan berkenaan nyata mengundang kemarahan dan rasa kurang senang dalam kalangan pengguna media sosial lain.

Mereka bukan saja mempersoalkan kewajaran menggunakan haiwan dalam product testing malah sampai ada yang mahu melaporkan syarikat tersebut kepada Jabatan Perhilitan.

Macam sorang akak ni.

Ulo 5

Ulo 6

Ada juga yang berkata, penggunaan ular dalam product testing ini mungkin untuk menunjukkan kualiti foundation berkenaan yang boleh menutup cela pada kulit namun menegaskan, ia masih tidak wajar dilakukan dan dianggap sebagai bentuk animal abuse.

Tambahan pula, kita tak pasti apa kesannya akibat reaksi chemical dalam produk tersebut ke atas haiwan kan?

Ulo 1

Ulo 2

Ulo 3

Kemarahan netizen ni berasas sebenarnya, kenapa perlu menggunakan ular sedangkan boleh je buat demo kat mana-mana model kan? Susah sangat, buat je kat muka sendiri.

Atau mungkin ia sengaja dilakukan untuk raih attention orang ramai, kerana itulah taktik marketing murahan untuk mana-mana business kosmetik zaman sekarang — mereka hanya mengejar untung dan mengetepikan nilai-nilai moral dan integriti dalam berniaga.

Tak best la macam tu kan?

Baca: “Beriya la produk kau sold out.. Padahal..” – Gadis Ini Dedahkan Cara Founder Kosmetik Kaut Untung

Kosmetik

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.