Ditahan Polis, Kena Buat Solat Taubat!

Rocket WOBIkuti kami untuk berita viral setiap hari:



Dari dulu sampailah sekarang, gejala mat rempit ni macam tak pernah selesai dan boleh dikatakan tiap-tiap minggu mesti ada je raid yang diadakan untuk tahan mat-mat rempit ni. Namun Ops Samseng Jalanan yang diadakan polis baru-baru ni, lain dari yang lain sikit. Kenapa pulak?

Menurut Berita Harian, seramai 93 mat rempit telah ditahan dan mereka ni bukan saja disuruh tolak motosikal sejauh 10km, malah dibawa jugak ke masjid untuk menunaikan solat taubat. Wow Alhamdulillah! 

Sumber: BH

Mereka yang berusia antara 15 hingga 28 tahun ni telah ditahan 13 Julai lepas sekitar tengah malam hingga 7 pagi dalam Ops Samseng Jalanan yang dijalankan di Langkawi.

Ketua Polis Daerah Langkawi, Superintendan Mohd Iqbal Ibrahim, berkata operasi bersepadu ni disertai pelbagai agensi yang hanya fokuskan ke 5 lokasi terpilih sekitar daerah ni. Tambahnya lagi, daripada 93 orang, 81 darinya lelaki manakala 12 lagi wanita yang ditahan dan sebanyak 103 saman dikeluarkan babitkan macam-macam kesalahan jalan raya.

Sumber: Twitter

“Sebaik ditahan, mat rempit diarah menolak motosikal sejauh kira-kira 10 kilometer ke balai trafik sebelum mereka diminta ke Masjid Al-Hana, Kuah, untuk menunaikan solat taubat dan solat Subuh berjemaah.

“Bagi tujuan itu, pihak masjid menyediakan telekung kepada pesalah wanita dan kain pelekat untuk lelaki,” jelasnya. Syukurlah mereka turutkan je arahan polis! 

Ni laporan berita mengenai operasi ‘solat taubat’ itu:

Difahamkan, semasa bergelut dalam menahan kumpulan mat rempit ni, seorang anggota trafik berpangkat Sarjan alami luka di lutut dan tapak tangan. Aduhai… 85 motosikal jugak dah disita dan ahli keluarga pesalah dihubungi sebelum mereka diserahkan kepada waris semula.

Tindakan pihak polis dengan membawa mat-mat rempit ni menunaikan solat taubat telah dapat respon positif daripada netizen. Rata-rata bersetuju supaya perkara seperti ni terus dijalankan untuk suntik kesedaran.

Sumber: Twitter

Operasi tersebut telah disertai pegawai daripada Jabatan Pengangkutan Jalan, Pejabat Agama Daerah Langkawi dan Pejabat Khidmat Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kuah.

Syukurlah pihak polis terapkan nilai-nilai agama bila mat-mat rempit ni ditahan. Mana tahu terbuka hati dorang ni kan untuk berubah. Amin… 

Baca: “Pesakit di hospital sukar tidur kerana Mat Rempit” – Sultan Johor 

Rocket WOBIkuti kami untuk berita viral setiap hari:

Ditulis oleh Syaida Ismail

Seorang yang suka berimaginasi dan amat meminati penyanyi nombor satu negara, Dato' Siti Nurhaliza. Mungkin kelihatan comel dan tidak merbahaya, namun amat menyukai novel bergenre aksi-thriller. Hati-hati!