Viral baru-baru ni di Twitter dengan kes seorang lelaki di dalam tren yang melakukan gangguan seksual terhadap penumpang wanita yang sedang berdiri berhampirannya. Aksi tak senonoh tersebut berjaya di rakam oleh orang awam yang turut berada berdekatan dengan si pelaku. Kalau dah naik tren bersesak tu la yang kena berjaga-jaga!
Masuk tangan dalam seluar
Dari rakaman tersebut, memaparkan seorang wanita tengah bersandar di dinding tren dan lelaki tersebut memasukkan tangannya di dalam seluar sambil memandang wanita tersebut. Kejadian ni dilaporkan berlaku di LRT Kelana Jaya menghala ke stesen LRT Universiti. Girl yang selalu naik tren, please, please, please hati-hati ye! Lelaki berkelakuan tidak senonoh dalam tren LRT ditahan reman tiga hari untuk siasatan lanjut.
Sumber: Twitter
Mungkin dia tengah garu je
Di Twitter, wanita tu sendiri mengatakan dia perasan dengan kelakuan pelik lelaki tu tapi dia ingatkan, mungkin lelaki tu tengah garu je tapi dia takut kalau dia cakap something dan memang kalau lelaki tu tengah garu je, nanti nampak macam wanita tu pula yang overreacted. Tapi nasib baik orang yang merakam ni dah memang perhati yang lelaki ni memang dari tadi buat benda tak senonoh tu dalam tren tu. Fuhh, nasib baik!
Sumber: Twitter
Berjaya ditangkap oleh polis bantuan
Hasil tindakan pantas netizen melaporkan pada pihak RapidKL tentang kejadian tu, suspek yang terlibat dalam video viral gangguan seksual di LRT tu dah berjaya ditangkap oleh polis bantuan di LRT Universiti dan telah pun diserahkan kepada pihak polis untuk siasatan lanjut.
Pihak RapidKL juga memuat naik tweet di akaun Twitter mereka dengan mengatakan “Keselamatan anda, sentiasa menjadi keutamaan kami”, syabas RapidKL atas tindakan pantas menangkap pelaku tak senonoh tu!
Sumber: Twitter
so ingat ye wanita diluar sana yang naik pengangkutan awam ni hati-hati dan sentiasa alert dengan sekeliling anda!
Baca: Gelinya Perangai, Wanita Diganggu Secara Seksual Di LRT