in

Disebabkan Kelalaian Ibu Bapa, Budak 12 Tahun Meninggal Dunia Kerana Kekurangan Zat Akibat Kutu Rambut

Featured Kutu Bebetul

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Kutu sememangnya haiwan parasit yang gemar menghisap darah manusia atau haiwan. Kutu ini juga secara tidak langsung akan menghisap zat-zat dari tubuh badan yang dihinggapinya.


Walaupun saiznya kecil, jangan kita tak tahu sebenarnya kutu ini mampu memberi kesan buruk kepada penghidapnya apabila tidak mendapatkan rawatan dengan segera.

Inilah yang terjadi kepada seorang budak perempuan yang berusia 12 tahun dari Georgia, Amerika Syarikat yang meninggal dunia gara-gara 3 tahun menderita kutu rambut.

 

Mangsa, Kaitlyn Yozviak dibesarkan di rumah kotor yang dipenuhi dengan kucing, serangga, kotoran dan kutu. Ini menyebabkan kutu-kutu tersebut menjangkiti rambut Kaitlyn dan menyedut zat-zat tubuh badan kanak-kanak malang itu selama 3 tahun!

Punca kematian

Memetik laporan Metro UK, Kaitlyn menemui ajal disebabkan serangan jantung dan anemia pada bulan Ogos lepas.

Kutu yang menjangkiti rambut Kaitlyn dikatakan menjadi punca dia kekurangan zat besi yang diperlukan tubuh badan yang seterusnya menyebabkan berlakunya serangan jantung dan anemia secara serentak.

Ibu bapanya dihadap ke mahkamah

Susulan kematian Kaitlyn, ibu bapa kanak-kanak malang itu Katie Horton dan Joey Yozviak dihadapkan ke mahkamah atas tuduhan bunuh.

Kutu Bapak 1

Kedua-duanya dituduh mengabaikan kebajikan anak mereka kerana tidak memberi rawatan kesihatan kepada penyakit yang dihidapi Kaitlyn yang menjurus kepada kematiannya.

Seorang agen dari Georgia Bureau of Investigation mengatakan Kaitlyn mengalami penderitaan fizikal keterlaluan disebabkan pengabaian rawatan kesihatan.

Tak dapat dibayangkan kesakitan yang dialami kanak-kanak malang tersebut. 

Tidak mandi lebih seminggu

Ibu Kaitlyn turut memberitahu penyiasat bahawa anaknya itu tidak mandi seminggu lebih sebelum kematiannya.

Jiran-jiran juga sudah sebulan tidak melihat Kaitlyn bermain di luar rumah dan seterusnya membuat spekulasi bahawa kanak-kanak itu terlampau menderita sehingga tidak boleh keluar bermain.

Kedua-dua ibu bapanya kini ditahan reman tanpa jaminan sehingga perbicaraan mahkamah yang seterusnya.

Jadi, kita jangan ambik remeh penyakit kutu ni kerana walaupun bersaiz kecil tapi boleh menyebabkan penyakt kronik. Bak kata pepatah “kecil-kecil cili padi”.

Baca: Pengotor tahap gaban [Video] Jijik! Chef Ludah & Letak Puntung Rokok Dalam Pinggan Pelanggan

 

 

 

 

 

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.