in

Lelaki Mati Dibelasah Kerana Keluarga Kekasih Tidak Restui Hubungan Cinta Berlainan Bangsa

Msian Man Dies After Being Beaten Up Due To Gfs Family Objection To Interracial Relationship World Of Buzz 3

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Sepertimana yang semua tahu, Malaysia ialah sebuah negara yang mempunyai rakyat berbilang kaum. Oleh itu, isu perkahwinan campur tidaklah mengejutkan malah ia merupakan perkara normal walaupun jarang-jarang kita dengar akan penyatuan dua hati daripada berlainan bangsa ini.

Pun begitu, tidak semua individu boleh menerima situasi ini. Menurut World of Buzz, seorang lelaki telah dibelasah hingga mati hanya kerana keluarga kekasihnya tidak merestui hubungan mereka yang datangnya dari berlainan bangsa. Sampai macam tu sekali? Kesiannya! 


Msian Man Dies After Being Beaten Up Due To Gfs Family Objection To Interracial Relationship World Of Buzz
sumber: wob

Mangsa yang dikenali sebagai Thomas Ooi Choon Chai, 33, telah ditemui longlai dan tidak sedarkan diri di rumahnya dekat Perumahan Awam Mergong, Alor Setar pada pagi 27 Oktober lalu. Susulan itu, paramedik telah dipanggil ke tempat kejadian, namun mereka gagal menyelamatkan mangsa lalu menghubungi pihak polis. 

Selepas siasatan dilakukan, mangsa yang ditemui terbaring di atas kerusi ruang tamu tersebut telah mengalami beberapa kesan kecederaan yang serius. Apabila disoal, pihak polis mendapati mangsa sebenarnya telah dibelasah oleh beberapa orang lelaki pada malam sebelumnya. 

Family Objects To Girls Interracial Relationship Bf Getsbeaten Up And Dies World Of Buzz
sumber: wob

Semuanya bermula pada jam 2.25 pagi apabila sebuah Perodua Alza putih yang dinaiki enam orang lelaki tiba di rumah mangsa dan mengheret lelaki tersebut keluar. Pada ketika itu, Ooi bersama teman wanitanya di rumah, dan tanpa rasa belas kasihan dia telah dibelasah oleh suspek meskipun sudah merayu untuk menghentikan perlakuan tersebut berkali-kali! 

Selepas selesai membelasah, suspek meninggalkan tempat kejadian dan kembali semula pada jam 4.00 pagi untuk memukul mangsa buat kali kedua. Mereka beredar kira-kira jam 5.00 pagi dengan keadaan Ooi pada ketika itu lebam di pipi kanannya, dada yang luka akibat cakaran dan hidung yang berdarah. 

Msian Man Dies After Being Beaten Up Due To Gfs Family Objection To Interracial Relationship World Of Buzz 2
sumber: wob

Walau bagaimanapun, Ooi masih sedar dan mampu bercakap selepas dipukul. Jiran-jirannya pula hanya mengetahui akan tragedi tersebut berlaku selepas polis tiba di tempat kejadian. Apabila disoal, mereka tidak mengesyaki sesuatu yang buruk telah berlaku kerana mangsa kerap bergaduh dan bunyi bising sering kedengaran dari rumah tersebut.

Namun nasib baiklah dua orang sahabat dan teman wanita mangsa berada di tempat kejadian. Merekalah yang menghubungi paramedik setelah menjumpai Ooi dalam keadaan parah. Aduhai! 

Menurut laporan Berita Harian, Ketua Polis Daerah Kota Setar, Asisten Komisioner Mohd Rozi Jidin berkata, berdasarkan siasatan awal punca kejadian ini berkaitan dengan hubungan mangsa dan kekasihnya yang tidak direstui keluarga. Buat masa ini, polis sudah mengenal pasti semua suspek dan gerakan memburu mereka sedang dipergiatkan.

Tak salah pun untuk bercinta dengan pasangan yang berlainan bangsa. Kan negara ini berbilang kaum? Tak kiralah bangsa apapun kita, darjatnya sama di mata Tuhan. Yang penting ikhlas dan hati bersih! 

Baca: Lelaki Belasah Bapa Tiri di Surau Kerana Tidak Suka Warga Emas Itu Menikahi Ibunya

Belasah

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.