in

Diminta Buat DNA Kerana Muka Anak Tak Sama, Ryzal DurianKimchi Nak Saman Netizen?

Collage 36

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Pasangan berlainan bangsa Ryzal dan Maryam yang lebih dikenali sebagai Duriankimchi ini sering terpalit dengan kontroversi sejak akhir-akhir ini.


Macam yang korang tahu, Oktober lalu pasangan ini baru sahaja menimang puteri sulung mereka yang diberikan nama Rina hasil gabungan nama Ryzal dan nama Maryam sebelum memeluk Islam (Narae).

Selepas bersalin, Maryam pernah dikecam dan dipersoalkan netizen gara-gara tidak mengikut pantang seperti adat Melayu.

Baru-baru ini pula, Ryzal telah meluahkan kekecewaannya di Instagram selepas seorang individu meminta dia membuat ujian DNA gara-gara muka Rina dikatakan tak sama langsung dengan dirinya.

“Jaga mulut kalau tak nak masuk dalam”

Menjawab tuduhan netizen itu, Ryzal mengatakan yang dia tahu Rina itu adalah anaknya dan tak ada sebab untuk dia membuat ujian DNA.

Anak saya buat apa nak DNA. Hidup ni jangan rasa bebas sangat. Jaga mulut kalau takut tak nak masuk dalam.”

Selain itu, Ryzal turut mengatakan yang dia bakal menghantar surat peguam atas tuduhan yang dibuat oleh individu terbabit.

Screenshot 2022 01 18 At 12.49.01 Pm Side 1

Kalau korang tengok tangkap layar dekat atas ni, individu tersebut turut dilihat cuba melarikan diri dengan menukar username selepas Ryzal mahu melibatkan peguam.

Bagaimanapun, Ryzal mengatakan yang dia hanya perlu dapat URL sahaja untuk menjejaki lokasi individu tersebut.

Dia fitnah anak saya perlu buat DNA atau dalam erti kata lain anak orang lain bukan anak saya.”

Faham je dengan reaksi yang diberikan Ryzal ni, sedap-sedap je nak tuduh bukan anak. Kan dah tak memasal…

 

Baca: “Saya doakan pemikiran awak berubah” – Maryam Duriankimchi Terkilan Netizen Sampai Doakan Kematian Anak Dalam Kandungan

Screenshot 2022 01 18 At 1.20.51 Pm

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.