in

Dikompaun RM1,500 Sebab Tak Pakai Pelitup Muka Masa Sidang Media Insiden LRT

Collage 22

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Pada sidang media insiden kemalangan LRT bulan lalu, bekas Pengerusi Prasarana Malaysia Bhd Tajuddin Abdul Rahman telah tampil dengan hanya memakai face shield tanpa pelitup muka.


Oleh kerana ini, Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman telah pun membuat laporan polis dan pada 27 Mei lalu Tajuddin telah dipanggil untuk memberi keterangan.

Ekoran dari ini, Ketua Polis Daerah Dang Wangi, ACP Mohamad Zainal Abdullah berkata Tajuddin akan dikompaun sebanyak RM1,500 selepas didapati bersalah mengikut peraturan 17 (1) Peraturan-Peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (Langkah-langkah Di Dalam Kawasan Tempatan Jangkitan) 2021.

51622002612 Tajuddinabdulrahma

Tambah Zainal, kompaun tersebut akan dikeluarkan kepada Tajuddin dalam masa terdekat ini, lapor FMT.

Justeru, pihak Polis Diraja Malaysia menasihatkan orang ramai supaya terus mematuhi prosedur operasi standard yang ditetapkan Majlis Keselamatan Negara dalam memerangi wabak Covid-19.”

Sebelum ini, sidang media nahas LRT oleh Tajuddin ini telah menerima pelbagai kritikan selepas dia gagal memakai pelitup muka serta mengeluarkan kata-kata yang tak sensitif terhadap insiden tersebut serta kepada media.

Kerana ini, kerajaan telah menamatkan kontrak Tajuddin sebagai Pengerusi Prasarana pada 26 Mei lepas.

 

Baca: Tajuddin Rancang Mahu Buat Permohonan Maaf Secara Terbuka

Screenshot 2021 06 09 At 11.06.11 Am

Sumber: Awani

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.