in

Tajuddin Rancang Mahu Buat Permohonan Maaf Secara Terbuka

Umno

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Namanya menjadi sebutan orang ramai sejak beberapa hari lepas sehingga ke hari ini, Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman yang telah ditamatkan perkhidmatannya serta-merta sebagai Pengarusi Bukan Eksekutif Prasana Malaysia Berhad (Prasarana) dilihat ke ibu pejabat UMNO, Menara Dato’ Onn, di Pusat Dagangan Dunia (PWTC) pagi tadi.



Tajuddin yang menyandang jawatan sebagai Ahli Parlimen Pasir Salak dan Pengarah Pilihan Raya UMNO itu berada di bangunan tersebut kira-kira jam 11.30 pagi.

 

Bincang untuk perancangan PRU15

Menerusi Astro Awani, tujuannya ke ibu pejabat itu adalah untuk menghadiri mesyuarat dengan Sekretariat Pilihanraya UMNO berikutan dengan persediaan parti untuk menghadapi Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).

Road to GE15Saya ke Menara Dato' Onn untuk mempengerusikan Mesyuarat Sekretariat Pilihanraya UMNO berhubung persediaan parti menghadapi PRU-15 jam 11.30 pagi tadi.

Posted by Dato Sri Tajuddin Rahman on Thursday, May 27, 2021

Sebelum ini, Tajuddin dilaporkan telah ditahan oleh SPRM semalam bagi membantu siasatan berhubung dengan dakwaan kes salah guna kuasa.

Namun begitu beliau telah dibebaskan dengan jaminan SPRM, .berhubung dengan insiden sikapnya yang dianggap tidak professional dan memalukan ketika sidang media berkenaan dengan nahas LRT yang berlaku  baru-baru ini, Astro Awani melaporkan bahawa ahli keluarga terdekat Tajuddin merancang untuk mengemukakan permohonan maaf secara terbuka ekoran dengan insiden itu.

“Beliau (Tajuddin) mengakui kesilapannya dalam sidang media tempoh hari dan mahu meminta maaf secara terbuka, namun begitu, semua itu bergantung pada situasi,” katanya.

 

Baca : “Bagi menantu jawatan dlm Prasarana” –  Lepas Kes Langgar SOP, Tajuddin Ditahan SPRM Pula Kes Salah Guna Kuasa

Tajuddin 1

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.