in

“Diketuk-ketuk cermin, sampai meroyan macam nak gila” – Detik Cemas ‘Mat Pet’ Panjat Atas Kereta Wanita Ini Nak Masuk

Detikcemas

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Sebagai wanita, mestilah cemas kalau tengah bawa kereta sorang-sorang tiba-tiba kena serang macam Sharifah Awliya Qaisara ni.


Masa dia on  the way balik dari majlis Aqiqah, dia tiba-tiba didatangai oleh pemuda mabuk semasa  traffic light tengah merah, ketuk-ketuk cermin sampai panjat kereta sebab nak masuk.

 

Budak ‘lalok’ cuba nak buka pintu kereta

67402356 2413153465374795 3782469189533433856 N 67574645 2413153108708164 6077629167677997056 O

Dalam kereta tu cuma ada Sharifah dan anak-anaknya yang masih kecil, pemuda yang nampak macam orang mabuk tu tiba-tiba menuju ke keretanya dan cuba nak buka pintu.

Nasib baiklah kereta kunci , tapi ‘mamat’ tu terus ketuk-ketuk cermin kereta dia dengan penuh agresif.

Dari jauh nampak dah budak ni mcm lalok Kat pembahagi jalan…Berjalan macam orang mabuk…tetiba sampai Kat kereta dia nak buka Kereta koi…memang terkejut lah Kami semua…nasib baik kereta kunci memang tak dapatlah dia nak masuk…diketuk-ketuk cermin kereta koi..koi ingat ada langgar dia ke apa sampai.”

Apa yang membimbangkan bukan sahaja pasal dia wanita, keselamatan kanak-kanak masa tu pun terancam. Sharifah bawa kenderaan jenis 4WD (4 Wheel Drive), kereta yang jenis ada ruang kat belakang tu, jadi ‘mamat’ tu terus panjat kat ruang tu.

 

Panjat belakang kereta

67781821 2413153195374822 4495713882731446272 O

Disebabkan buntu nak buat apa, nak tak nak kenalah jalan masa traffic light dah hijau.

“Dia meroyan mcm nak gila dgn koi..pastu dia naiknya belakang kereta koi…memang koi buntu tak tahu nak buat apa..kalau turun buka kereta kan dia masuk kereta mati koi anak beranak..pastu tetiba trafik light hijau..koi takkan nak stop kat situ nak suruh dia turun memang tak berani keluar dengan kereta penuh kiri kanan tgk kat kami belaka….”

Mula-mula Sharifah nak drive ke balai polis, tapi dalam perjalanan tiba-tiba lelaki tersebut minta berhenti.

“jadi koi buat keputusan jalan sekali dengan dia2 kat belakang..koi fikir nak stop kat balai polis tg Lumpur jer hantar mamat ni,tawakal jer bawa dia dekat belakang dgn dia buat muka pelik2 kat belakang,koi takut dia terjun dari kereta ke….macam2 koi fikir…takut wehhh…mana tahu sampai kat pasaraya jaya gading tg Lumpur dia ketuk2 cermin belakang suruh stop..koi stop lah takut pecah cermin belakang dibuatnya…lepas dia turun jer kereta berdesup koi pecut..”

Wanita manalah yang tak berderau jantung kalau situasi begini terjadi kepada mereka, lebih-lebih lagi kalau bawa anak kecil. Alhamdulillah mereka semua selamat.

Memandangkan perkongsian ini viral raih 1,300 perkongsian di Facebook, ada netizen yang ternampak lelaki tersebut, menurut mereka lelaki itu hisap gam.

67224153 2419468758076599 924609499942092800 N

Aduhai, risaunya, harap sesiapa yang akan melalui kawasan tersebut, minta untuk berhati-hati terutamanya wanita.

 

Baca : “Terlalu rendah!” – Detik Cemas Ketika Pesawat Boeing 737-800 Sepatutnya Mendarat Tapi Terhempas Atas Laut

Boeing

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.