in

Dikaitkan Dengan Jenayah Seks, Datuk Dr Zul Akan Berjumpa Da’i Syed Esok

Ft Menteri

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Pada 15 Disember lepas, pendakwah selebriti Da’i Syed atau nama sebenarnya Syed Shah Iqmal Mohammad Shaiful Syed  dilepaskan dengan ikat jamin. Syed, 25, telah dihadapkan di Mahkamah Majistret dan Mahkamah Sesyen Petaling Jaya atas pertuduhan mencabul dan seks luar tabii.


Syed1

Dia juga dihadapkan di Mahkamah Sesyen Shah Alam atas pertuduhan merogol. Sebutan semula kes ditetapkan pada 19 dan 21 Februari depan.

Sementara itu, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk dr Zulkifli Mohamad dilaporkan akan mengadakan pertemuan dengan Syed esok. Menurut FMT, perjumpaan itu susulan Syed didakwa di mahkamah atas beberapa pertuduhan yang melibatkan beberapa orang mangsa.

Pertemuan yang akan diadakan di sebuah hotel di Sepang itu bertujuan untuk menyampaikan mesej kerajaan dan juga bagi menjaga nama baik agamawan.

Datuk1 1

Banyak perkara boleh dibincangkan bersama dan mendengar pandangan mereka disamping kita juga dapat memberi nasihat untuk kita sama-sama ingat mengingati.”

Beliau juga turut menyambut baik gesaan Pengerusi Majlis Dakwah Negara (MDN), Mahmood Zuhdi Abd Majid agar program realiti TV yang mencungkil bakat pendakwah ‘selebriti’ dikaji keberkesanannya. Menurut Mahmood, tindakan itu adalah supaya imej agamawan dan ustaz tradisional tidak terkena tempias.

Syed4

Selain itu, Mahmood turut mencadangkan agar pendakwah selebriti diberikan latihan lanjut dan bimbingan selepas tamat program realiti TV, bukannya dibiarkan sesuka-hati berdakwah. Memberi respon kepada cadangan itu, Datuk Dr Zulkifli berkata,

Terima kasih atas buah fikiran yang baik.”

Baca: Mengaku Tak Bersalah, Dai Syed Dibebaskan Dengan Ikat Jamin Tapi Dengan Syarat…

Collage 18

Sumber: Xtra

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.