Nak Berjaya? Ini 13 Tips Usahawan Butik Lebarkan Sayap Hingga Ke Dubai

Rocket WOBIkuti kami untuk berita viral setiap hari:



9 daripada 10 punca rezeki datang dengan berniaga. Jadi tak hairanlah kalau ada ramai yang jadi usahawan zaman sekarang. Bukan senang nak jadi seorang usahawan, apatah lagi yang berjaya lebarkan sayap hingga ke luar negara.

Dalam usia muda, Suzie Eryanty Mohd Suleiman berjaya meletakkan diri sebagai seorang usahawan butik terkenal bukan sahaja di Malaysia tapi juga di luar negara.

Sumber: Instagram

Terima pelanggan dari 5 negara

Menguruskan perniagaan butik yang dikenali sebagai Temujanji sejak tahun 2014, pelanggan Suzie bukan sahaja dari dalam negara tau! Perniagaan Suzie mendapat sambutan ramai dan terima banyak permintaan dari Singapura, Indonesia, Brunei dan Dubai! Wow!

Suzie dulu pernah kerja sebagai arkitek dan pereka dalaman, tapi mempunyai minat yang tinggi dalam bidang fesyen. Menurut Suzie, dekorasi dan fesyen adalah jiwanya. Jadi tak hairanlah wanita cantik ni mulakan Temujanji sejurus selepas dia tamat pengajian pada usia 26 tahun.

Sumber: Instagram
Sumber: Instagram

Tips berjaya untuk yang nak mula berniaga

Bila tengok kejayaan Suzie, ramai terfikir macam mana anak muda ni boleh ada perniagaan sendiri yang sangat berjaya dan labelnya diterima ramai di dalam dan laur negara. So bagi korang yang nak mula berniaga, ini ada beberapa tips yang dikongsikan Suzie:

  1. Jangan takut untuk mencuba
  2. Kalau tak tahu macam mana nak start, mula je
  3. Kemudian belajar dari kesilapan
  4. Kalau first time tak berjaya, jangan putus asa
  5. Terus usaha keras tanpa jemu – buktikan kita boleh
  6. Gigih dan tidak pernah mengalah
  7. Teruskan buat yang terbaik
  8. Pekakkan telinga apabila ada hal-hal negatif
  9. Jangan anggap pesaing itu musuh
  10. Kena saling membantu
  11. Berusaha jadi insan positif
  12. Jadi seorang yang kreatif
  13. Sentiasa buat apa yang kita minat
Sumber: Instagram

Tips bonus untuk kecantikan

Walaupun sibuk bekerja dan uruskan perniagaan, Suzie sentiasa tampil cantik dan bergaya. Ini Suzie ada kongsi sikit tips kecantikan yang dia amalkan.

  1. Minum air suam sebaik bangun pagi dan sebelum bekerja
  2. Berkunjung ke spa jika ada masa terluang
  3. Sedekahkan senyuman setiap hari
Sumber: Instagram

Waaah, memang bagus tips-tips yang dikongsi Suzie ni. So korang kalau nak berjaya dan cantik macam Suzie, boleh la follow tips yang dia kongsi tu. Jangan lupa share dengan kawan-kawan, kita berjaya sama-sama!

Baca: Mula Dari Bawah, Gadis 25 Tahun Ini Kongsi Tips Berjaya Miliki Aset Mencecah RM1 Juta!

Rocket WOBIkuti kami untuk berita viral setiap hari:

Ditulis oleh Asma' Razak

Suka dinosaur tetapi minat filem bergenre futuristik, bercita-cita mahu jadi vegetarian dan berharap ikan diklasifikasikan sebagai tumbuhan.