Didakwa ‘Support’ Sajat Jadi ‘Showgirl’, Michael Ang Bidas Komen Netizen

Tambah ke Sumber Pilihan
Didakwa ‘Support’ Sajat Jadi ‘Showgirl’, Michael Ang Bidas Komen Netizen

Baru-baru ini, usahawan sensasi, Nur Sajat Kamaruzaman telah memuat naik sebuah video yang memaparkan dirinya berpakaian seksi dan dilihat sedang menari di depan khalayak ramai yang dipercayai di sebuah kelab di Sydney, Australia.

Walaupun, menerima kritikan dan kecaman dari netizen, Sajat telah tampil bersuara dengan menyatakan tindakannya itu hanyalah sekadar hobi dan mahu hidup bebas.


Terbaru, isu ini telah mendapat perhatian pengarah, Michael Ang yang memberi respons dengan membidas segala komen yang berunsur kecaman daripada para warganet.

“Seriously, satu Malaysia cakap Sajat jadi showgirl tu haram dan memalukan Malaysia.” 

“Awak semua, saya rasa untuk sesuap nasi, dia (Sajat) buat kerja tu lagi bagus daripada orang yang scammer, menipu, makan rasuah, makan duit rakyat atau jual produk haprak! Saya rasa ini lagi haram dan memalukan,” jelasnya.

Dalam pada masa yang sama, Michael menegaskan dia tidak menyokong tindakan Sajat dan sudah berasa muak dengan tindakan warganet yang melulu mengecam.

Susulan kejadian tersebut, rata-rata netizen meluahkan rasa tidak senang dengan pendapat Michael lalu melontarkan kecaman kepadanya berhubung kenyataan yang dimuat naik.

“Saya tak rasa saya cakap apa yang dilakukan oleh Sajat adalah betul. Saya cuma cakap terpulanglah, itu antara dia dan Allah, dia dengan Tuhan dia. Ia hanya melibatkan dia dan Tuhan, tiada kena mengena dengan kita.”

“B*ng*ng, b*d*h punya netizen. Pakailah otak sikit sebelum kau nak cakap pasal keimanan orang atau pengetahuan agama seseorang. Phuiii punya manusia, acah-acah alim sedangkan diri itu entah tunggang atau terbalik,” bidas Michael Ang.

Apa komen netizen?

Tinjauan ke ruangan komen, rata-rata netizen meluahkan rasa tidak puas hati selepas Michael Ang membidas berkaitan isu ini serta ada warganet yang mengingatkan netizen mengenai isu ini yang bertentangan dengan ajaran agama Islam.

Screenshot 18

Hmm apa komen korang?

Baca: Michael Ang ‘Sound’ ‘Influencer’ TikTok Ugut Bini Lepas Kantoi Ada ‘Scandal’ Dengan ‘Staff’

Ft Michael Ang View Chin 728X383 1

Apa rasa korang?

Topik berkaitan

Farhan Sahak
Lagi tulisan Farhan
Seorang yang suka cuba aktiviti baru dalam kehidupan, tapi yang pasti dia tak pernah cuba awek member

Jangan terlepas cerita panas.

Dapatkan cerita pilihan kami terus ke e-mel anda.
Newsletter
Kami hanya guna e-mel anda untuk surat berita kami.

Reels

Rehat kejap. Leret, tonton, gelak.

Jangan terlepas cerita panas.

Dapatkan cerita pilihan kami terus ke e-mel anda.

Percuma

Lobak Merah

Cerita pilihan kami

  1. Bunyi Penggera Kecemasan Terus Ke Telefon, Rupanya Ini Teknologi Di Sebalik Tabir MySiren
  2. Tandas Pun Boleh Menang Anugerah? Ini Yang Menarik Tentang PETRONAS Presint 18!
  3. “Asyik Genting dengan Cameron je” – Ini 9 Tempat Percutian Sejuk Yang Ada Di Malaysia
Dengar

Masuk ke Lobak Merah

Akaun pembaca Lobak Merah dibuka tak lama lagi. Nanti korang boleh simpan cerita yang korang suka dan sambung baca bila-bila masa.

Kongsi cerita ni

Didakwa ‘Support’ Sajat Jadi ‘Showgirl’, Michael Ang Bidas Komen Netizen
Facebook X Telegram Threads
lobakmerah.com/didakwa-support-sajat-jadi-showgirl-michael-ang-bidas-komen-netizen/

Cari cerita

Carian tengah naik

  1. anwar ibrahim
  2. kementerian digital
  3. najib razak
  4. PDRM