Dian Sastrowardoyo Ditegur Netizen Kerana Tidak Memakai Tudung Dengan Sempurna Ketika Bertadarus

Rocket WOBDapatkan berita yang paling viral setiap hari:



Bila masuk bulan Ramadan, sudah pastinya mereka yang beragama Islam akan memperuntukkan lebih masa untuk beribadat dari bulan-bulan yang sebelumnya. Ini juga termasuklah golongan artis seperti Dian Sastrowardoyo yang memanfaatkan Ramadan ini dengan bertadarus.

Sumber: Showbiz

Menerusi Instagram Story beliau, heroin filem Ada Apa Dengan Cinta ini berkongsi pengalamannya ketika bertadarus Al-Quran di masjid bersama beberapa orang teman.

Ready for tadarus hari ke-2″

Sumber: Malaysian Digest

Malah menurut Dian, dia kini sudah menginjak ke juz enam.



Sumber: Merdeka

Walau bagaimanapun, sudah menjadi lumrah netizen untuk menegur dan mengecam artis sungguhpun di bulan yang mulia ini. Ish, ish, ish! 

Segelintir dari pengikut Instagram Dian menegur gayanya berhijab yang menampakkan rambut dan tidak menutup aurat sepenuhya.

Tak faham esensi hijab. Sama saja seperti tak memakai hijab.”

Tapi saya tak suka cara hijabnya Dian Sastro. Rambutnya masih kelihatan.” 

Malah ada juga yang mengatakan bahawa Dian sengaja mempamerkan ibadah yang dilakukannya kepada umum dan ia hanya akan menimbulkan riak semata-mata.

Ibadah dipamerkan jatuhnya riak… sayang.”

Walaupun begitu masih ramai juga yang menyokong tindakan Dian, malahan menjadikannya sebagai inspirasi untuk rajin bertadarus di bulan Ramadan.

“Dian update bukan bererti riak. Menurut saya, dia ingin memberi contoh kegiatan yang positif di bulan Ramadan untuk para followers yang muslim. Semoga puasanya lancar,” komen salah seorang peminat.



Kita doakan yang baik-baik untuk Dian ye. Mana tahu terbuka hatinya untuk berhijab penuh, kan? 

Baca: Ustazah Tular Di Media Sosial Gara-gara Rupa Paras Seperti Pelajar Sekolah

Rocket WOBDapatkan berita yang paling viral setiap hari:


Written by Syaida Ismail

Seorang yang suka berimaginasi dan amat meminati penyanyi nombor satu negara, Dato' Siti Nurhaliza. Mungkin kelihatan comel dan tidak merbahaya, namun amat menyukai novel bergenre aksi-thriller. Hati-hati!