in

“Dia tak tahan sangat ke apa?” – Ahli Terapi Ambil Kesempatan Buat Seks Dengan Remaja Autistik

Raped Autisme

Diberikan tugas untuk menjaga pesakit autism di sebuah pusat jagaan tapi seorang ahli terapi sebaliknya melakukan penderaan seksual.

Victoria West, 28, ditahan selepas dilaporkan melakukan hubungan seks dengan seorang remaja autistik berusia 17 tahun beberapa kali, lapor NY Post.

West1
sumber: ny post

Kejadian itu berlaku ketika dia sedang bertugas di Leffen Center for Autisme di Joplin, Missouri pada bulan lepas. Pihak polis mendapat maklumat tentang insiden terbabit pada 4 Disember baru-baru ini namun tidak dinyatakan daripada siapa laporan itu diterima.

Selepas didakwa pada Jumaat lepas, Victoria kini telah diberhentikan kerja dari pusat jagaan itu. Leffen Center for Autisme menawarkan rawatan dan perkhidmatan pendidikan untuk individu yang mengalami gangguan spektrum autistik.

Autistik
gambar hiasan

Victoria kini sedang menjalani tahanan di dalam rumah dan dihalang daripada berhubungan dengan mana-mana individu berusia di bawah 18 tahun.

Menurut laporan, tarikh Victoria akan dibicarakan di mahkamah masih belum ditetapkan.

Baca: “Kalau nak lulus ikut cakap saya” – Guru Cabul 18 Pelajar Lelaki & Minta Mereka Bersumpah Atas Al Quran Untuk Tidak Cerita Dekat ‘Parents’

Feature Image Guru Sialan