• Facebook
  • twitter
  • Instagram
  • youtube
  • Pengiklanan
  • Hantar Artikel
  • Hubungi

Lobak Merah

  • Semasa
  • Berita Sosial
  • Gaya Hidup
  • Hiburan
  • Video
Search
Follow us
  • Facebook
  • twitter
  • Instagram
  • youtube
Menu

Lobak Merah

Search
in Berita Sosial

“Dia tak sakit…” – Anak Ada ‘Motor Tick’, Che Nom Kena Halau Dari Kafe Di Switzerland

by Syaziyah Sharif December 4, 2025, 11:26 am

ShareTweet
Syaz Ft 2025 12 04T111618.481

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Personaliti media sosial dan pempengaruh masakan terkenal, Che Nom, berdepan detik kurang menyenangkan ketika bercuti di Lauterbrunnen, Switzerland.

Dalam satu perkongsian di Facebook, Che Nom atau nama sebenarnya Normah Bakar, 43, memaklumkan bahawa dia dan keluarganya telah dihalau keluar dari sebuah kafe berhampiran stesen kereta api di kawasan itu. Kejadian dikatakan berlaku selepas pemilik premis tersalah faham mengenai keadaan anaknya yang menghidap Autism Spectrum Disorder (ASD).


Artikel berkaitan: “Dunia influencer bukan jalan pintas cari duit” – Che Nom Umum Berhenti Dari Dunia ‘Influencer Marketing’, Kongsi Nasihat Buat Anak Muda

Artikel berkaitan: Che Nom Luah Rasa Terkilan, Dedah Tindakan Anak Saudara Yang Diambil Bekerja Seakan ‘Tikam Dari Belakang’

Che Nom menceritakan mereka singgah di sebuah kafe kecil berhampiran stesen kereta api untuk berehat sambil menikmati minuman panas apabila anaknya tiba-tiba membuat motor tick bunyi seakan batuk ringan, sesuatu yang normal bagi anaknya.

“You’re sick. You’re spreading virus. Please leave,” kata pemilik kafe itu secara mengejut.

Che Nom berkata dia terkedu dan cuba menjelaskan bahawa anaknya tidak sakit sebaliknya ia hanyalah motor tick namun pemilik kafe itu tetap meminta mereka sekeluarga beredar. Anaknya pula kelihatan bingung kerana tidak memahami mengapa mereka dihalau.

Bagi mengelakkan keadaan menjadi lebih tegang, mereka akhirnya memilih untuk meninggalkan kafe tersebut secara tenang.

Che Nom turut berkongsi bahawa dia pernah menerima mesej daripada seorang pengikut yang mendakwa mengalami pengalaman sama di premis tersebut, selain mendakwa pemilik berkenaan memang mempunyai layanan kurang mesra terhadap pelanggan.

Katanya, situasi itu tidak hanya berlaku kepada keluarganya dan ada pelanggan lain yang pernah berdepan sikap serupa daripada pemilik kafe tersebut.

Tambahnya, meskipun Switzerland indah, ada masanya sikap orang tempatan yang terlalu ‘direct’ boleh menimbulkan rasa janggal.

Che Nom menutup perkongsian dengan menyatakan perkara paling penting adalah kebahagiaan anaknya, dan mereka meneruskan perjalanan mencari kafe yang lebih mesra.

Sumber: Facebook

ShareTweet

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Terkini

  • Syaz Ft 46

    250 Jemaah Tak Tunai Solat Jumaat, Susulan Imam Letak Jawatan Isu Nama Undang Luak Jelebu

  • Syaz Ft 45

    Ayam Dah M*ti Baru Sembelih, Polis Bongkar Gudang Haram Di Puchong & Rampas Ayam Bernilai RM85K

  • Syaz Ft 44

    “Lama-Lama menyakitkan hati” – Dituduh Penunggang Agama & Tiada Tauliah, PU Riz Tampil Bersuara

  • Syaz Ft 43

    “Dua insan sentiasa ada masa jatuh bangun” – Syed Saddiq & Bella Buat Kejutan Bawa Ibu Bapa Kerjakan Umrah

  • Syaz Ft 42

    KTMB Buka Siasatan, Pandang Serius Insiden Tingkap Koc Tren Pecah Kena Kepala Penumpang

Video Terbaru

  • Screenshot 2026 03 28 121532

    Bila Jasad Dalam Meeting, Tapi Mental Kat Kampung

  • Belanjawan 2026

    [TONTON] Siaran Langsung Pembentangan Belanjawan 2026 Oleh YAB Perdana Menteri

  • Freepik The Style Is Candid Image Photography With Natural 29213

    Kenapa PRN Sabah 2025 Jadi Titik Penting Untuk Generasi Baru?

  • 5

    Gabungan Legenda dah Tiba!

  • Image

    AirAsia Diskaun Sehingga 33%

Siaran Akhbar

  • Ana Sr 7

    RM100,000 Untuk Naik Taraf SK Jalan Residensi, Ini Kemudahan Baharu Yang Disediakan!

  • Ana Sr 5

    “Gaji RM5,000 Di KL Tak Sama Dengan Kelantan” – Kerajaan Pertimbang Sistem Baharu Ganti B40, M40 & T20

  • Ana Sr 6

    STR & SARA Cecah RM16 Bilion! Ada Yang Boleh Terima Hingga RM3,400 Setahun, Ini Pecahan Bantuan Mengikut Kategori

IKUTI KAMI

  • Facebook
  • twitter
  • Instagram
  • youtube

Video Terbaru

  • Screenshot 2026 03 28 121532

    Bila Jasad Dalam Meeting, Tapi Mental Kat Kampung

  • Belanjawan 2026

    [TONTON] Siaran Langsung Pembentangan Belanjawan 2026 Oleh YAB Perdana Menteri

Terkini

  • Dt Minyak Sawit

    Sharifah Sakinah Gesa Orang Ramai Henti Beli Produk Berasaskan Minyak Sawit Demi Jaga Alam Sekitar

  • Ft Bella Astillah 1

    “Saya sendiri, tuan empunya badan okey” – Bella Astillah Tak Marah Makcik Yang Cium Pipinya

  • Ft Dayang Hael

    Tular Foto Dayang Pakai Busana Pengantin, Hael Husaini & Dayang Dah Nikah Jun Lepas?

  • Ft Gv

    9 Bekas Juara AF Ini Bakal Berentap Di Gegar Vaganza Bulan Depan!

Sebahagian daripada network INFLUASIA. Copyright © 2026 Lobak Merah.

  • Hantar Artikel
  • Pengiklanan
  • Hubungi
  • Syarat Perkhidmatan
  • Privacy Policy
Back to Top
Close
  • Semasa
  • Berita Sosial
  • Gaya Hidup
  • Hiburan
  • Video
  • Pengiklanan
  • Hantar Artikel
  • Hubungi
  • Facebook
  • twitter
  • Instagram
  • youtube