in

“Dia tak balik rumah, tak tidur 4 hari” – Dakwa Ada Masalah Jiwa, Caprice Mohon Maaf Bagi Pihak Zyn Nakal

Caprice2

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Memandangkan isu berkenaan dengan sikap seorang ‘artis baru nak up’ ni tengah hangat diperkatan, rakan baik kepada Zyn Nakal, Caprice tampil membuat permohonan secara terbuka melalui Instagramnya.


 

Zyn tengah nak dapatkan rawatan profesional..Saya minta maaf”

Menurutnya, Zyn Nakal bukan lah bersikap negatif seperti mana yang digembar gemburkan dalam media sosial tu.

Caprice menyatakan bahawa Zyn Nakal yang kita lihat sejak 2 minggu lepas itu bukanlah dirinya yang sebenar. Kenalan rapat juga berpendapat begitu.

Menurutnya lagi, kelakuan Zyn tak balik rumah, tak tidur sampai 4 hari dan bergaduh dengan rakan artis, syarikat rakaman dan stesen radio Era baru-baru ini menyebabkan Caprice dan rakan rapatnya rasakan ada yang tak kena seperti ada ‘gangguan’.

Caprice dan Sufian Suhaimi yang juga merupakan rakan Zyn dikatakan sanggup pergi ke Ulu Langat untuk berjumpa dengan ustaz berkenaan dengan masalah Zyn ni. Tapi hasilnya Zyn tak ada apa-apa.

Disebabkan itu Caprice syak bahawa Zyn ni ada gangguan jiwa. Jadi sebagai sahabat, Caprice mewakili bagi pihak Zyn membuat permohonan maaf secara terbuka kepada radio Era dan Rusa Music berkenaan dengan ketelanjuran sikapnya itu.

Korang boleh tengok video kat bawah ni.

Caprice juga ada menjelaskan bahawa Zyn bakal mendapatkan rawatan dan bantuan profesional untuk membantunya.

Sebelum ini Zyn dikecam teruk di media sosial berkenaan dengan sikapnya terhadap seorang pengarah muzik di stesen radio terkemuka.

 

Baca : “Orang dengar radio sebab lagu aku c*bai” – Rapper Baru Nak Up Melenting Tunjuk ‘Attitude’ Bila Nak Promote Lagu?

Rapper2 1

 

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.