in

“Orang dengar radio sebab lagu aku c*bai” – Rapper Baru Nak Up Melenting Tunjuk ‘Attitude’ Bila Nak Promote Lagu?

Rapper2

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Sejak semalam viral di media sosial berkenaan dengan kes seorang penyanyi baru bergenre Hip Hop berkenaan  dengan mesej perbualannya dengan seorang pengarah muzik di sebuah stesen radio terkemuka.


Namun, mesej itu telah dipadam dari Instagram, ia menjadi perhatian netizen kerana berlaku perbalahan antara rapper baru ni dengan pengarah muzik tersebut.

 

Orang dengar radio sebab lagu aku c*bai

Difahamkan, penyanyi tersebut ingin mempromosikan single terbarunya, tapi ada sedikit teguran oleh pengarah muzik tersebut.

Tiba-tiba mesej itu dibalas dengan kata-kata kesat. Kurang pasti punca pergaduhan, tetapi potongan gambar perbualan itu telah dimuat naik di Instagram milik penyanyi tersebut, netizen tularkan semula di Twitter sebelum ia dipadamkan.

Katanya, dia tak layan stesen radio tersebut dan menjelaskan bahawa orang buka radio sebab nak dengar lagu dia.

Perbualan itu diakhiri dengan kata-kata kesat dan berbaur ugutan kepada pengarah muzik tersebut.

Edb2I6Rwkaanoog 1 2

Gambar ini menjadi perhatian netizen kerana sikap negatifnya terhadap orang-orang industri muzik. Ramai netizen yang kurang senang dengan sikap artis baru, bagi mereka sikap yang tidak profesional ini memang susah nak ‘pergi jauh’

 

Baru 2 lagu meletop dah acah-acah – Netizen

Terbang Terbang2 Terbang3 Terbang4 Terbang5 Terbang6

Difahamkan, penyanyi tersebut pernah ditemuramah dan dia pernah menyatakan bahawa attitude memainkan peranan penting kalau nak berjaya.

Apa pun, punca perbalahan kita tak tahu, mungkin boleh pula dengar cerita daripada tuan empunya pasal cerita sebenar.

 

Baca : Emma Maembong Dah Putus Dengan Syed Abdullah & Kini Dengan Rapper Chindian?

Emma

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.