Polis DiRaja Malaysia (PDRM) sedang mencari seorang lelaki Bangladesh yang didakwa mencabul seorang budak perempuan berusia 5 tahun.
Menurut The Star, ibu mangsa membuat laporan polis selepas anaknya mengadu sakit di bahagian kemaluan dan beritahu apa yang suspek telah lakukan.
Kalau korang nak tahu, insiden ni berlaku di satu kedai jual langsir di Nilai 3 tempat ibu bapa mangsa bekerja. Dikatakan, suspek bekerja di kedai bersebelahan.
Pihak polis telah pun pergi ke rumah suspek selepas laporan dibuat, malangnya suspek tak ditemui di sana.
Kami percaya suspek telah melarikan diri.”
Ibu mangsa yang merupakan orang Indonesia berkahwin dengan orang tempatan mengatakan yang dia dah mengenali suspek selama lebih enam tahun.
“Ibu mangsa berkata suspek selalu datang ke kedai untuk bermain dengan anaknya. Dia tak sangka yang suspek tergamak buat macam tu.”
Setakat ini, polis tak pasti sama ada insiden tersebut merupakan cubaan pertama suspek atau pun tidak.
Kalau korang ada ternampak suspek atau ada maklumat cepat-cepat call polis tau!