in

“Dia punya aura, sampai kena gari” – Isteri Da’i Farhan Didakwa Menipu, Minta RM10,000 Konon Bantu Dapatkan Sijil Halal & KKM

Tipu Duit

Isteri Da’i Farhan dihadapkan ke Mahkamah Majistret Kuala Lumpur hari ini, 4 Mac 2020 atas tuduhan memperdayakan seorang wanita, lapor Harian Metro.

Noorainul Naqim Mohd Radzi, 41, bagaimanapun mengaku tidak bersalah terhadap pertuduhan menipu dengan menjanjikan menguruskan sijil halal Jabatan Kemajuan Islam (Jakim) dan sijil Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) bagi produk milik mangsa.

Dai1

Menurut mangsa, Norsiha Aala berusia 48 tahun dia telah diperdaya pada 21 Disember 2017 hingga 26 Februari 2018 di Taman Keramat Wangsa. Noorainul didakwa mendorong mangsa untuk menyerahkan wang sejumlah RM10,050 kepadanya supaya dia boleh mendapatkan sijil halal Jakim dan sijil KKM itu.

Kerana percaya, mangsa bersetuju hingga menyebabkan kerugian dan mengaku tidak akan beri wang tersebut jika tidak terpedaya dengan Noorainul. Pendakwaan itu mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara tidak kurang setahun dan maksimum 10 tahun dan sebat dan denda, jika sabit kesalahan.

https://www.instagram.com/p/B67OTN-AyfL/

Mahkamah membenarkan tertuduh diikat jamin RM4,000 dengan seorang penjamin dan menetapkan sebutan kes pada 3 April depan. Sementara itu, di ruangan komen ramai netizen memerli pasangan ini terutamanya Da’i Farhan dengan mengaitkan isterinya ini dengan kata-kata yang pernah viral dulu.

Komen Netizen

Baca: “Isteri lindungan kaabah ke tu?” – Isteri Pemenang Program Da’i Ditahan, Menipu RM11,000!

Tahanan

Sumber: Harian Metro
Sumber: Facebook