in ,

“Isteri lindungan kaabah ke tu?” – Isteri Pemenang Program Da’i Ditahan, Menipu RM11,000!

Rocket WOBIkuti kami untuk berita viral setiap hari:



Ingatkan dah selesai kisah melibatkan golongan da’i dan pencetus ummah ni, rupa-rupanya hari ini viral satu lagi kisah yang hingga melibatkan kes polis.

Menurut Harian Metro, isteri kepada juara program Da’i telah ditahan polis di pejabatnya dekat Desa Melawati, Kuala Lumpur semalam lepas dipercayai menipu seorang pelanggan. Uish biar betul?

 

Tipu RM11,000 duit pelanggan? 

Usahawan berusia 40 tahun tu katanya telah ditahan berikutan laporan polis dibuat oleh mangsa sekitar Oktober tahun lalu.

“Mangsa pernah berurusan dengan wanita berkenaan pada tahun 2017 yang menjanjikan menguruskan sijil halal Jabatan Kemajuan Islam (Jakim) dan sijil Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) bagi produk jamu.

“Mangsa sudah membayar kira-kira RM11,000 kepada wanita terbabit namun sehingga tahun lalu tiada proses dijalankan dan mangsa merasa tertipu,” kata sumber.

Tambah sumber lagi, siasatan lanjut sedang dijalankan dan polis sedang mendapat perintah reman terhadap suspek.

 

Netizen kaitkan kes dengan isteri Da’i Farhan? 

Menerusi ruang komen di Facebook, rata-rata netizen mengaitkan kes berkenaan dengan isteri Da’i Farhan iaitu Norainul Naqim Mohd Radzi, 40 atau dikenali sebagai Dr Erin.

Dalam pada itu, portal mStar katanya telah menghubungi Da’i Farhan untuk mendapatkan penjelasan berkaitan perkara tersebut, namun panggilan dimatikan sebaik soalan mengenai penahanan diajukan kepadanya. Alahai… 

Apa-apapun diharapkan da’i berkenaan bertabahlah dengan dugaan yang menimpa. 

Baca: “Doa yang baik-baik” – Viral Gambar Isteri Da’i Farhan Berdamai Dengan Bekas Madu, Tak Kisah Jika Rujuk Semula?

Sumber: mStar
Sumber: Facebook
Rocket WOBIkuti kami untuk berita viral setiap hari: