“Kau dah ada 12 anak dengan aku!” – Pemandu Bas Kantoi Curang Kena Belasah Dengan Isteri Depan Orang Ramai

Rocket WOBIkuti kami untuk berita viral setiap hari:



Ini memang cari pasal namanya. Dah lah curang, dimalukan dekat tempat awam pulak tu!

Seorang pemandu bas diserang isterinya ketika sedang bertugas membawa penumpang di bandar Manila, Filipina, lapor Daily Mail. Ketika kejadian, bas yang dipandu tengah penuh dengan penumpang sebelum tiba-tiba pemandu tersebut diserang isterinya.

Sumber: Daily Mail

Isteri dia paksa untuk berhenti di tepi jalan, terus masuk ikut tempat duduk pemandu dan memukul suaminya berkali-kali di depan ramai penumpang bas.

Rupa-rupanya, isteri pemandu tu mengamuk sebab dapat tahu suaminya tu curang dengan seorang perempuan. Lebih teruk lagi, masa kejadian tu, perempuan simpanan dia ada duduk dekat tempat duduk penumpang!

Dalam sebuah video yang viral dirakam oleh salah seorang penumpang, boleh nampak isteri dia tengah mengamuk dengan tangan kirinya memegang telinga dan kolar baju sambil tangan kanan dia memukul lelaki tu.

Sumber: Daily Mail

Sambil pukul tu dia tengking laki dia,

Kau dah ada 12 anak dengan aku! Sanggup kau buat macam ni dekat keluarga hanya sebab seorang perempuan!” 

Bila dah nampak wanita tu mengamuk dan pukul suami dia, ramai penumpang paksa perempuan simpanan dekat tempat duduk penumpang tu untuk pergi dari situ. Perempuan tu yang memakai t shirt hitam kemudian terus lompat dari tempat duduk dia ke bahagian belakang bas, capai bagpack dia dan berambus dari bas tu. Kalau tak confirm dia pun kena!

Sumber: Daily Mail

Penumpang yang berada dalam bas tu masing-masing bengang dan kecewa sebab perjalanan dorang ke destinasi jadi tertangguh. Tapi, dorang tetap maafkan dan back up isteri pemandu tu.

“Saya sokong isteri dia. Mesti dia rasa geram bila dapat tangkap suami kantoi.”

“Mesti dia ada rasa curiga sebelum ni. Saya tak kesiankan pemandu tu langsung sebab memang dia layan kena belasah, dan sebab dia jugalah kami lambat sampai tempat kerja.”

Difahamkan, semua penumpang dalam tu kemudian berpindah ke sebuah bas lain dan seorang pegawai trafik datang untuk leraikan pergaduhan pasangan tu.

Tonton video dekat bawah:

Baca: “Semalam kau tidur dengan aku…” – Lelaki Kena Belasah Dengan Pondan Sebab Kantoi Curang Dengan Pondan Lain

Rocket WOBIkuti kami untuk berita viral setiap hari:

Ditulis oleh Sue Idris

Seorang ibu. Siapa cakap anak aku tak comel siap eh!