in

Puas Orang Awam Kejut Tapi Tak Bangun-bangun, 2 Lelaki Didakwa Mabuk Berhenti Kereta Depan Traffic Light

Ketiduran

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Sudah banyak kejadian yang melibatkan pemandu mabuk hingga menyebabkan kemalangan berlaku sejak akhir-akhir ini. Namun mujurlah satu kejadian yang viral baru-baru ini tidak melibatkan sebarang kemalangan pula.


Menerusi perkongsian di Twitter, tular sebuah video menunjukkan dua orang lelaki kelihatan tertidur di dalam kereta yang diberhentikan di hadapan sebuah lampu isyarat yang tidak diketahui lokasinya.

Tindakan dua lelaki terbabit telah menghalang lalu lintas di kawasan berkenaan dan menurut posting tersebut kedua-duanya dipercayai sedang mabuk.

Meskipun telah dikejutkan oleh pengguna jalan raya, kedua-duanya masih enak dibuai lena. Amboi tak sedar langsung tu! 

 

Lebih baik tidur dari langgar orang – Netizen 

Rata-rata netizen di ruangan komen nampaknya bersyukur kerana pemandu dan penumpang kenderaan berkenaan memilih untuk tidur ketika mabuk dan bukannya meneruskan pemanduan hingga menyebabkan kemalangan.

Mabuk

Malah ada juga di kalangan netizen mengaitkan kejadian ini dengan pasukan bola sepak Liverpool pula kerana salah seorang daripada lelaki yang mabuk berkenaan memakai jersi pasukan tersebut.

Lv

Apa-apapun mujurlah orang ramai datang check keadaan mereka. Takutlah kalau jadi apa-apa. Harap tak ulangi perbuatan macam ni lagi.

Baca: “Tak tau nak kata apa dah” – [Video] Lagi Kes Pemandu Mabuk, Kali Ini Habis Langgar 3 Kereta Di Bahu Jalan

Mabuksss

Sumber: Twitter
Sumber: Twitter

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.