in ,

“No longer welcome in this house” – Wanita Malaysia Yang Menetap Di Perth Kena Halau Tiba-Tiba Sebab Bimbang Ada Coronavirus

Seorang siswazah dari Malaysia yang kini sedap menetap di Perth, Australia dihalau oleh tuan rumah secara tiba-tiba tanpa sebarang notis hanya kerana takut terkena jangkitan Coronavirus.

Menerusi ABC Perth, pelajar yang dikenali sebagai Helen pulang ke Malaysia beberapa minggu untuk melawat keluarganya. Bila dah balik ke Perth, tiba-tiba ada notis ditampal depan pintu rumah dengan menjelaskan bahawa pintu rumah sudah dikunci.

 

Rasa sedih dan bingung sebab saya tak buat apa-apa pun, kenapa benda ni jadi kat saya?”

Dia juga dapat tahu yang tuan rumah dah tukar semua kunci rumah penghuni lain dan biarkan Helen terbiar tanpa tempat berteduh.

Nota itu bertulis:

“Amaran! Jangan masuk! Memandangkan kamu gagal berhubung dengan saya, anda tak boleh tinggal lagi disini. Hubungi saya sebab saya dah cuba banyak kali tapi gagal”

Helen juga mengatakan dia dah cuba hubungi tuan rumahnya tapi gagal dan tak ada pilihan lain untuk tinggal dengan kawannya.

 

Kami dah cuba menghubungi polis dan mereka kata mereka tak boleh nak buat apa”

Malah, dia sekarang tak boleh nak ambil semua barangnya sebab masih ada kat dalam rumah tu. Katanya lagi dia sekarang tak berani nak balik rumah lama sebab tengah takut.

Helen sekarang tinggal dengan kawannya dan berharap agar tindakan dapat diambil atas sikap racist tuan rumah dengan mengaitkan dirinya dengan Coronavirus.

Katanya lagi, pihak berkuasa sepatutnya kenakan tindakan tegas kepadanya, bukannya hantar mesej yang tak sahih kepada orang lain dan ianya tak adil.

Takkanlah disebabkan ada beberapa kes Coronavirus kat Malaysia ni, terus kena label macam tu sekali. Kami juga harap ada keadilan berpihak kepada Helen.

 

Baca : Takut Coronavirus, Orang Sekarang Sanggup Pecahkan Kenderaan Demi Nak Curi Face Mask Yang Semakin Kurang Di Pasaran