in

“Dia paksa buang semua contacts & apps dekat phone” – Wanita ‘Ditorture’ Oleh Kenalan Dating Apps Dekat Apartment Bukit Bintang

Dera12

Ini adalah kisah benar yang dikongsikan oleh mangsa sendiri di WORLD OF BUZZ. Mangsa adalah seorang wanita Thailand yang berada di Malaysia dengan visa percutian.  Disebabkan kes ini belum dilaporkan kepada pihak polis, kami tidak dapat mendedahkan wajah dan identiti suspek.

Mula berkenalan menerusi aplikasi dating yang dikenali sebagai SKOUT. Wanita dari Thailand ini mula berkenalan dengan seorang lelaki dari Malaysia selepas di sapa melalui DM.

Mereka begitu mesra dan sesi perkenalan mereka itu selama sebulan, lelaki tersebut hari-hari hantar makanan dekat dia sampaikan lelaki itu berjanji untuk ‘menjaga’ wanita tersebut. Bagaimanapun, detik hitam wanita bermula apabila…

 

Ajak party dekat apartment sendiri masa MCO, umpan nak bagi RM1,500

Ada satu tu, lelaki tersebut mesej wanita ini untuk diajak ber party dekat sebuah apartment dan main permainan kad. Katanya party itu akan bermula malam dan berakhir awal pagi.

Tambah lelaki itu lagi, dia janji nak bagi RM 1,500 kepadanya. Tapi disebabkan waktu itu tengah musim PKP. Gadis itu tak berani sebab takut kena tahan masa roadblock dan bimbang dia akan dicekup.

Ketika wanita itu tengah ragu-ragu, lelaki tersebut buatkan dia rasa serba salah dengan mengungkit yang dia ada bagi wang dan hantar makanan sepanjang mereka bersama.

Lelaki tu cuba yakinkan mangsa dia selamat sebab orang dekat apartment tu ramai, nak jaga hati wanita itu pun setuju.

 

Sampai apartment tengok kosong, terus kena bantai

Dera2 Dera3

Masa dah sampai dekat sebuah apartment di Bukit Bintang, dia tengok kosong. Muzik dimainkan dan ada banyak minuman keras di atas meja.

Ketika dia duduk dekat atas sofa, lelaki itu pergi ke sebuah bilik untuk ambil barang, ketika ditanya mana semua orang dia abaikan je.

Tiba-tiba dia keluar dari bilik tu bawak satu batang logam yang macam ni:

Dera

Pada waktu tu, detik hitam dah bermula, lelaki itu terus libas dia sekuat hati. Dia cuba nak lari tetapi rambutnya ditarik dan dia diheret ke bilik mandi dan terus pukul wanita tersebut dengan batang besi sementara wanita itu merintih untuk suruh dia berhenti. Menurut mangsa dalam firasatnya, dia akan mati masa tu.

“Tolong jangan pukul lagi, aku akan buat apa sahaja yang kau nak!”


Dia diarahkan untuk berbogel dan dipaksa buang segala contact dan aplikasi dalam handphone dia. Malah dia juga digesa supaya padam semua chat mereka dekat aplikasi itu sebelum uninstall.

Wanita itu ditampar berkali-kali sambil lelaki itu berkata.

“Aku call kau banyak kali sebab aku suka kat kau, tapi kau takut dengan aku?”

 

Kena paksa ambil dadah

Kemudian, lelaki tu ambil tali cable dan ikat tangan wanita itu ke belakang. Dalam apartment tu ada 3 ke 4 bungkusan beg dan wanita itu dapat syak bahawa rumah itu hanya sekadar sewa.

Lelaki itu paksa dia melutut di atas lantai sementara dia menggeledah beg-beg tersebut. Kemudian dia duduk atas sofa dan ambil dadah jenis ganja, methamphetamine dan ketamine sepanjang malam.

Lelaki itu juga paksa wanita tersebut untuk ambil tapi dia dengan berat hati hanya ambil sedikit sahaja. Dia juga sembang yang dadah-dadah itu semua disita oleh pihak polis dan polis berikan kepadanya. Mungkin tak betul cerita tu.

Yang part ni agak psycho sikit. Selepas itu, dia memaksanya untuk menonton video amputasi anggota badan di YouTube dan mengajukan soalan kepadanya.

Apabila dia mendapat jawapan yang salah, dia akan menampar dan menendangnya. Kemudian dia memutuskan ikatan kabel itu dan tukar tengok video komedi, dia terpaksa ketawa biarpun air mata bergelinang.

Dia memberitahunya bahawa isterinya meninggal dalam kemalangan kereta dan dia mendakwa bahawa dia adalah doktor di Australia tetapi wanita itu rasa curiga.

Lelaki itu juga ada tanya jika dia mempunyai anak dan dia menjawab ya, anaknya  berusia 3 tahun di Thailand. Pada ketika itu, moodnya kelihatan berubah dan dia mengatakan bahawa dia ingin membuat video call  kanak-kanak itu.

Dera4

Dalam panggilan tersebut, dia berbicara dalam bahasa Thai kepada kakaknya yang menjaga anaknya dan memintanya untuk mengambil gambar lelaki itu, dia juga minta tolong call kan teman lelakinya untuk menyelamatkannya.

Kakaknya mula risau tetapi bertindak berlakon seperti tidak ada apa-apa. Selepas panggilan tersebut, lelaki itu dengan riang bertanya kepadanya apa yang dia mahu makan dan turun ke bawah untuk membelinya. Lelaki itu mengatakan hanya memerlukan 10 minit untuk dia berlari, dan akan segera kembali.

Terpaksa sembunyi dalam bilik sampah sebab nak lari

Dia cepat-cepat pakai kemeja lelaki tu dan tak tahu mana lelaki tu simpan pakaian dia, dia cuma lari dengan handphone dia sahaja.

Masa nak tekan bukan lift, ia mengambil masa lama untuk sampai ke tingkatnya, disebabkan dia trauma takut terserempak dengan lelaki tu, dia pun bersembunyi. Disebabkan dia dalam keadan terdesak pada waktu itu, dia sanggup bersembunyi dalam bilik sampah.

Dera5

Selepas menunggu beberapa jam, dia ambil peluang untuk cuba tekan butang lift lagi. Kali ini, life bergerak dengan laju, saat dia dah turun kat bawah, dia nampak ada teman lelaki dia disitu.

Kata wanita itu, walaupun dia dah selamat sekarang, dia begitu trauma dengan apa yang terjadi kepadanya. Dia tak nak buat laporan polis kerana dia cuma ada holiday visa.

Tambahnya lagi, selepas dia lari tu, lelaki itu asyik text dia dan umpan lagi ayat untuk jerat dia untuk berjumpa lagi dengan lelaki itu. Tetapi dia dah serik.

Dera6 Dera7

 

Wanita itu bukan satu-satunya mangsa

Dera9 Dera10

Wanita itu ada ceritakan perkara yang terjadi dekat story media sosial, rupa-rupanya ada mangsa-mangsa yang lain menghantar pesanan kepada wanita Thailand itu dan menceritakan semua perkara mengerikan yang dilakukannya kepada mereka juga.

Salah seorang dari mereka dirogol dan dipukul dengan teruk semasa diikat dengan tali. Oleh kerana mereka enggan membuat laporan polis, mangsa berharap dengan mendedahkan apa yang dilakukan lelaki ini, lebih banyak gadis akan lebih berhati-hati dengan bertemu orang di Internet.

Penyerang nampak normal seperti orang-orang biasa

Ketika mangsa kongsikan kepada kami kisah ini, pihak WORLD OF BUZZ ada cuba lihat gambar lelaki itu di Facebook. Ada beberapa gambar dia dengan ahli keluarga, termasuk budak kecil.

Ada juga gambar dia tengah duduk kat satu meja itu bersama seseorang yang disyaki isterinya. Luaran nampak dia senyum macam orang baik, tapi belakang-belakang ada perangai yang menggerunkan.

Semenjak mangsa kongsikan kisah dia dekat media sosial, ramai netizen dari Thailand serang Facebooknya dan kini dia dah deactivate.

 

Baca : Panggilan Talian Kasih Meningkat 57%, Penderaan Kanak-Kanak Meningkat Semenjak PKP Dijalankan?

Kanak

Sumber: WOB
Sumber: WOB
Sumber: WOB
Sumber: WOB