in

Panggilan Talian Kasih Meningkat 57%, Penderaan Kanak-Kanak Meningkat Semenjak PKP Dijalankan?

Cats 28

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Talian Kasih adalah satu bentuk perkhidmatan di bawah Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat. Talian ini menyediakan perkhidmatan bagi menangani kejadian kecemasan berkaitan dengan kebajikan dan kemasyarakatan yang terjadi di Malaysia.


Capture 28

Menurut laporan Free Malaysia Today, Talian Kasih telah menerima peningkatan 57% panggilan semenjak Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dijalankan!

Berdasarkan laporan, perkhidmatan ini menerima hampir 2,000 panggilan berkenaan isu kanak-kanak dan penderaan domestik semenjak PKP berlangsung pada tempoh hari.

Shutterstock 390215089 1024X678 1

Presiden Lembaga Kaunselor Malaysia (LKM), Wan Marzuki Jaafar menyatakan peningkatan ini adalah kesan daripada tekanan perasaan dan panik yang berlaku dalam kalangan masyarakat selepas tempoh PKP dipanjangkan sehingga ke 14 April 2020.

“Masalah kesihatan mental dalam masyarakat haruslah diselesaikan dengan teratur. Kami akan memberi sokongan psikologi kepada pemanggil supaya dapat memberi perhatian kepada kesihatan mental mereka semasa PKP dijalankan”

Buat anda di luar sana, meskipun kerajaan menyuruh kita semua untuk duduk di rumah dan keluar hanya bila perlu sahaja, apa salahnya jika anda sekali sekala mengambil berat tentang keadaan sekeliling. Mungkin keprihatinan anda akan menyelamatkan nyawa kanak-kanak yang didera.

2019 01 17 63288 1547717337. Large 1

Buat anda yang memerlukan bantuan kaunseling atau ingin melaporkan sesuatu berkenaan kes penderaan, berikut adalah info berkenaan Talian Kasih.

Nombor Talian Kasih: 15999
Laman web: Klik Sini

 

BACA: “Sultan merupakan bayangan Allah dibumi” – Kenyataan Tunku Idris Menimbulkan Persoalan Ramai Pihak

Cats 24

Sumber: Talian Kasih
Sumber: Hello Doktor

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.