in

“Dia mmg mak saya, tapi saya tak nak jumpa dia lagi” – Emak Penggal Kepala Ayah Sebab Tak Tahan Sering Didera

Collage 12

Seorang wanita berusia 48 tahun telah menerima penderaan fizikal dan emosi dari suaminya sepanjang perkahwinan akhirnya tak tahan. Dia telah memenggal kepala suaminya, potong zakar dan berikan pada anjing.

Menurut Daily Mail, Maria yang berasal dari Ukraine ini memberitahu polis yang dia telah menderita keganasan domestik selama bertahun-tahun dan satu-satunya jalan keluar adalah untuk dia membunuh suaminya.

Pada 23 Ogos, Maria telah menyerang suaminya yang berusia 49 tahun di dalam bilik tidur selepas suaminya ini tertidur pulang dari bekerja. Mulanya, Maria mencekik suaminya hingga mati menggunakan tangan sebelum dia mengambil kapak dan memotong kepala lelaki itu.

Tak berhenti setakat itu, wanita ini kemudiannya mengambil pisau dapur dan memotong zakar suaminya sebelum memberikan organ tersebut kepada anjing-anjing belaannya.

Selepas dia membunuh suaminya, Maria lari keluar dari rumah dalam keadaan dirinya dipenuhi darah. Jiran yang melihat keadaan wanita itu kemudiannya masuk ke rumah untuk tengok apa yang berlaku.

“Dia cakap, ‘Saya dalam kesusahan. Saya bunuh suami saya.’ Saya tak percakan dia pada awalnya. Saya ingatkan dia bergaduh dan terpukul suaminya. So, saya masuk dalam bilik untuk tengok keadaan suaminya.

“Bila saya masuk ke dalam bilik, saya nampak mayat yang tak cukup sifat. Cadar pula penuh dengan darah. Saya tanya dia, ‘mana kepala dia?’, dia jawab, ‘tu, dalam guni’.”

Walaupun jijik melihat keadaan mayat tersebut, jiran Maria sempat memanggil jiran lain untuk menelefon polis.

Menurut jurucakap pihak polis, sebelum pihaknya menahan Maria, wanita ini terus mengaku dia bunuh suaminya dan beritahu apa yang berlaku.

“Wanita ini cakap yang fizikal dan emosinya selalu diseksa dan dia tak nampak apa pilihan lain untuk akhiri seksaannya.

“Jiran-jiran di sana mengiyakan cerita suspek dengan mengatakan mereka sering nampak suami suspek memukul dan mengejar wanita ini dengan kapak. Bagaimanapun, suspek tak pernah buat apa-apa laporan.”

Sementara itu, anak lelaki Maria berkata yang dia tak boleh nak maafkan perbuatan emaknya terhadap ayahnya.

Saya tahu dia mak saya. Tapi saya dah tak nak tengok muka dia lagi.”

Maria kini masih dalam tahanan dan dia boleh dihukum penjara 15 tahun jika disabit kesalahan.

 

Baca: Kisah Sada Abe: Geisha Yang Bunuh & Potong Zakar Kekasih Atas Nama Cinta

Collage 8