in

Mary Ann Cotton: Pembunuh Bersiri Zaman Victoria Yang Membunuh Guna ‘Tea Pot’ Beracun

Collage 2

Dua dekad sebelum Jack The Ripper menghantui orang-orang di London, seorang ibu pada zaman Victoria bernama Mary Ann Cotton merupakan pembunuh bersiri pertama dalam sejarah Britain dan telah membunuh seramai 21 orang termasuk 11 orang anaknya.

Ini merupakan kisah Mary Ann Cotton yang membunuh mangsa-mangsanya menggunakan teko teh beracun dan bagaimana jenayahnya ini boleh terbongkar.

Pembunuh bersiri pertama Britain, Mary Ann Cotton

0 Dmr Nec 200921Cotton 05.Jpg

Dilahirkan pada tahun 1832 di Durham County, England, Mary Ann Cotton telah bekerja sebagai jururawat dan tukang jahit sebelum berkahwin dengan William Mowbray pada 1852.

Malangnya di tahun 1856, pasangan ini mengalami tragedi malang apabila empat orang anak mereka telah meninggal dunia kerana demam gastrik. Ekoran ini, William telah membuat keputusan untuk membeli polisi insurans bagi melindungi dirinya dan tiga orang anaknya yang masih hidup sekiranya dia meninggal dunia.

Kemudian, pada tahun 1860-an, William dan dua orang anaknya telah meninggal kerana demam yang sama. Mary Ann telah mengambil wang insurans dan tinggalkan satu-satu anaknya yang masih hidup kepada ibunya dan berkahwin dengan seorang lelaki bernama George Ward.

Kurang dari setahun kemudian, lelaki ini mati dan Mary Ann sekali lagi mendapat pampasan insurans atas kematian tersebut.

Tak menunggu lama, pada tahun 1867, Mary Ann telah berkahwin sekali lagi untuk kali ketiga. Nama suaminya adalah James Robinson dan wanita ini telah memaksa suami barunya ini untuk membeli insurans nyawa selepas empat orang anaknya meninggal dunia namun cadangannya ditolak. Perkahwinan ini kemudiannya berakhir dengan penceraian.

Suami yang seterusnya dikahwini Mary Ann pada 1870 turut menerima nasib yang sama. Macam mana wanita boleh tak ada orang suspek sedangkan dah ramai meninggal dunia dengan cara yang sama?

Mary Ann Cotton dan tea pot beracun

Widow Drinking Tea

Mary Ann cerdik dalam jenayah yang dibuatnya ini. Dia telah menggunakan racun jenis arsenik yang kesannya sama dengan simptom demam gastrik. Malah, sebelum tahun 1830-an, keracunan disebabkan arsenik ini tidak boleh dikesan sehinggalah seorang ahli kimia, James March berjaya membuat ujian mengesannya.

Tak cukup dengan itu, ketika zaman Victoria, keracunan arsenik merupakan perkara yang biasa berlaku kerana orang pada zaman itu berhadapan dengan racun tersebut setiap hari. Barang-barang seperti mainan kanak-kanak, kertas dinding dan barangan bayi seperti stroller mengandungi arsenik.

Pada tahun 1858, 15 orang telah maut akibat makan gula-gula yang mengandungi arsenik di mana kes tersebut kini dikenali sebagai Insiden Keracunan Gula-Gula Bradford.

Jadi tak hairanlah kalau ketika ini ramai orang yang meninggal dunia kerana termakan arsenik, tapi dengan lebih 20 kematian yang berlaku di bawah bumbung Mary Ann, perkara ini tidak lagi kelihatan seperti kemalangan.

Kejahatan Mary Ann terbongkar apabila wanita ini mahu berkahwin dengan suami ke-5 pada tahun 1872 namun terhalang kerana dia terpaksa menjaga anak tirinya yang baru berusia 7 tahun dan pada ketika itu, undang-undang tak membenarkan dia untuk berkahwin lagi.

Namun tak lama kemudian, anak tirinya, Charles Edward Cotton tiba-tiba meninggal dunia. Ekoran tempoh masa kematian ini mencurigakan, pihak polis London mula menjalankan siasatan dan laporan bedah siasat mendapati perut kanak-kanak ini mengandungi arsenik.

Ketika ini barulah pihak polis sedar yang Charles bukanlah orang pertama yang meninggal di bawah penjagaannya. Seramai empat suami, tiga darinya telah meninggal atas sebab yang mencurigakan termasuk ramai anak-anaknya.

Pihak polis kemudiannya sedar yang mereka sedang berhadapan dengan pembunuh bersiri.

Perbicaraan dan hukuman Mary Ann Cotton

Newspaper Report Of Cottons Arrest Youtube

Mary Ann Cotton, seorang balu kini ditahan di West Auckland atas pertuduhan meracun anak tirinya berusia lapan tahun. Dikatakan, wanita muda ini mempunyai tiga orang suami dan 15 orang anak beserta dua penyewa, kesemuanya meninggal di bawah bumbungnya.” – North Wales Chronicle, 1872.

Perbicaraan Mary Ann telah bermula pada tahun 1873 selepas dia melahirkan anak terakhirnya di penjara. Ketika perbicaraan tersebut, pihak pendakwa raya telah menunjukkan bukti bahawa Charles Cotton telah meninggal kerana demam gastrik akibat teh beracun ibu tirinya.

Peguam Mary Ann mengatakan bahawa Charles mungkin meninggal dunia kerana arsenik yang terdapat pada kertas dinding di rumah. Namun bagaimana pula dengan kematian lain?

Pihak polis telah mengeluarkan semula mayat kekasih Mary Ann yang sepatutnya menjadi suami kelimanya ini yang meninggal tak lama selepas anak tirinya dan turut menemui racun yang sama dalam badannya.

Namun Mary Ann mengaku tidak bersalah dan mengatakan dirinya telah dianiaya.

Barisan juri hanya mengambil masa satu jam untuk berbincang sebelum membuat keputusan bahawa wanita tersebut bersalah membunuh mangsa-mangsanya.

Pada 24 Mac 1873, Marry Ann Cotton telah dihukum gantung atas jenayahnya ini.

Ketika dia digantung, wanita ini kelihatan garang dan bercakap sesuatu yang tak dapat didengari. Namun begitu, kedudukan postur badannya kekal tenang sehinggalah dia meninggal dunia.

Pembunuh bersiri wanita

43834955 2002 03 22 Murderer Mark Mary Mark Mark.jpg

Pada tahun 1998, seorang bekas pegawai FBI mengatakan bahawa pembunuh bersiri wanita tidak wujud.

Jelasnya kenyataannya ini salah sama sekali, Mary Ann Cotton antara bukti bahawa pembunuh bersiri wanita memang dah lama wujud.

Ahli psikologi mengatakan, pembunuh bersiri wanita ini biasanya mempunyai sasaran dan motif yang berbeza dari pembunuh bersiri lelaki. Seperti Mary Ann, pembunuh bersiri wanita biasanya menyasarkan keluarga mereka sendiri, membunuh kerana duit dan akan menggunakan racun sebagai senjata.

Jack the Ripper yang mula membunuh sedekad selepas hukuman ke atas Mary Ann Cotton dijalankan, ternyata lebih terkenal dan diingati sebagai pembunuh bersiri. Namun begitu, mangsa Mary Ann lebih ramai dari lelaki tersebut sekaligus menjadikan wanita ini salah seorang pembunuh yang mengerikan dalam sejarah Britain.

Sumber: ati

 

Baca: Kisah 5 Pembunuh Bersiri Wanita & Jenayah Yang Dorang Lakukan, Seriau Weh!

Screenshot 2023 08 02 At 3.05.21 Pm