in

Nancy Brophy: Kisah Penulis Novel Romantik Bunuh Suami Lepas Tulis Esei Tentang ‘How To Murder Your Husband’

Collage 4

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Seorang penulis novel romantik, Nancy Brophy pernah menulis satu esei pada 2011 bertajuk ‘How to Murder Your Husband‘ sebelum tujuh tahun kemudian, dia telah membunuh suaminya sendiri.


Nancy bagaimanapun telah menafikan penglibatannya dalam kematian suaminya ini dan mendakwa ketika suaminya dibunuh, dia berada di rumah dan sedang tidur di dalam bilik. Namun begitu, penyiasat telah menemui banyak bukti yang menunjukkan Nancy merupakan dalang disebalik kematian tersebut. Ini kisahnya…

Artikel berkaitan: Betty Broderick: Wanita ‘Naik Gila’ Sampai Bunuh Suami, Lepas Kantoi Curang Dengan ‘Secretary’ Sendiri

Artikel berkaitan: Dalia Dippolito: Wanita Kantoi Cuba Upah Orang Bunuh Suami, Tak Sedar Semua Perbuatan Dirakam Program TV

Kematian Daniel Brophy

Nancy Crampton Brophy C7F286069Bb24A09825Fcaa328Bfb495

Pada pagi 2 Jun 2018, sekumpulan pelajar di Institusi Kulinari Oregon telah tiba di kelas sebelum menemui pengajar mereka, Daniel Brophy berusia 63 tahun telah meninggal dunia akibat ditembak sebanyak dua kali.

Kes kematian lelaki ini kemudiannya disiasat sebagai kes bunuh namun tiga bulan selepas siasatan, pihak polis mula menumpukan perhatiannya kepada suspek utama, isterinya sendiri, Nancy Crampton Brophy.

Ini kerana, satu rakaman kamera trafik telah menunjukkan Nancy tiba di institut tersebut menaiki minivan miliknya dan berada di sana selama 13 minit. Nancy mendakwa bahawa dia tak ingat dia ada memandu ke sana pada hari tersebut dan mengatakan bahawa dia telah mengalami retrograde amnesia kerana trauma selepas mengetahui suaminya telah meninggal dunia.

Sehari selepas kematian Daniel, Nancy telah memuat naik posting di Facebook di mana dia telah meluahkan rasa sedihnya dan mengatakan yang lelaki itu merupakan rakan baiknya dan dia mengalami masalah untuk hadam apa yang berlaku.

Tapi jirannya, Don McConnell mengatakan Nancy Brophy tak mempunyai reaksi normal terhadap kematian suaminya itu.

Dia tak pernah tunjukkan tanda-tanda marah atau sedih, tapi dia nampak macam lega dengan apa yang berlaku.”

McConnell juga turut mengatakan, apabila wanita tersebut ditanya mengenai pembunuhan suaminya dan sama ada pihak polis ada menyoalnya, Nancy mengatakan yang dia bukan seorang suspek dan kelihatan tak beremosi.

Namun apa yang wanita ini tak tahu, penyiasat pada ketika itu sedang menyediakan bukti untuk membina kes terhadap Nancy Brophy.

Tuduhan ke atas Nancy Brophy

0Us2Rmxej Ykk Hda

Ketika pihak polis membuat siasatan ke atas pembunuhan Daniel, mereka telah menemui beberapa bukti mencurigakan ke atas Nancy.

Pertama sekali, apabila mereka semak sejarah carian internet Nancy, mereka temui yang penulis ini telah membuat carian tentang pistol yang tidak meninggalkan bukti yang boleh dikesan sebelum pembunuhan berlaku.

Walaupun Nancy dan Daniel sedang mempunyai masalah kewangan, dia telah membelanjakan US$15,000 untuk membeli senjata api dan bahagian senjata apa setahun sebelum kematian suaminya. Ini termasuk satu kit “senjata api hantu” yang telah dihantar ke rumahnya pada Januari 2018. Bulan seterusnya, Nancy telah membeli satu pistol Glock dari eBay.

Tak cukup dengan itu, Nancy turut membuat carian dalam talian tentang cara-cara untuk membersihkan Glok 17 dan cara untuk memasukan peluru di dalam Glock 9mm serta menonton beberapa video tentang memasang, membuka dan membersihkan Glock 17.

Walaupun pistol yang digunakan dalam pembunuhan Daniel Brophy tak pernah ditemui, pihak polis mendapati bahawa lelaki ini telah dibunuh dengan pistol Glock 17. Mereka juga percaya Nancy telah mencampur padankan bahagian-bahagian pistol dengan memasang laras pistol yang dibeli dari eBay kepada pistol Glock 17 lain yang dia beli dari pertunjukan senjata api dan tukarkan semula selepas pembunuhan dibuat.

Nancy Brophy kemudiannya telah ditahan pada 6 September 2018 dan didakwa atas kesalahan membunuh suaminya.

Perbicaraan Nancy Brophy

025F023C Eded 4A82 B12F 7Dd45Fb59Ff6 Brophytestifiescaptioned

Perbicaraan Nancy Brophy telah dimulakan empat tahun selepas kematian Daniel pada April 2022.

Kes yang disediakan oleh pihak pendakwa raya sebahagian besarnya adalah berdasarkan keadaan dan bergantung hampir sepenuhnya kepada rakaman kamera trafik dan sejarah carian internetnya.

Namun begitu, esei yang ditulis oleh Nancy Brophy, ‘How to Murder Your Husband‘ telah dikecualikan oleh hakim untuk digunakan sebagai bukti ekoran esei tersebut ditulis tujuh tahun sebelum kematian Daniel Brophy.

Ini kerana, Hakim Christopher Ramras mengatakan esei yang telah ditulis tujuh tahun lalu itu hanya akan menyebabkan prejudis dan kekeliruan ke atas kes ini.

Di dalam esei tersebut, Nancy telah menyenaraikan beberapa motif tentang kenapa seseorang itu mahu membunuh suami mereka termasuklah, curang, penderaan rumah tangga dan tamak.

Sebagai penulis kisah suspen romantik, saya luangkan banyak masa berfikir tentang pembunuhan dan prosedur polis. Lagipun, kalau pembunuhan tersebut boleh membebaskan saya, dah tentulah saya tak nak luangkan masa di dalam jel. Saya rasa lagi mudah untuk berharap orang mati dari membunuh mereka.

Saya tak nak fikirkan tentang percikan darah dan otak pada dinding saya dan saya tak boleh nak ingat penipuan yang saya lakukan. Tapi apa yang saya tahu tentang pembunuhan adalah, semua orang boleh lakukannya.”

Pihak pendakwa raya mengatakan, motif pembunuhan ini adalah kerana duit dan Nancy ingin mendapatkan insuran nyawa yang diambil oleh suaminya bernilai sekitar US$1.4 juta. Beberapa hari selepas pembunuhan Daniel Brophy, Nancy dikatakan telah meminta kenyataan dari pihak polis mengatakan bahawa dia bukan seorang suspek supaya dia boleh menuntut insuran suaminya.

Selepas tujuh minggu perbicaraan dijalankan dan dua hari menunggu keputusan juri, Nancy Brophy telah didapati bersalah membunuh suaminya dan telah dijatuhkan hukuman penjara seumur hidup.

Sumber: ati

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.