in

Kisah Sada Abe: Geisha Yang Bunuh & Potong Zakar Kekasih Atas Nama Cinta

Collage 8

Ramai orang ingatkan yang geisha merupakan pelacur di Jepun, tapi kalau korang nak tahu, sebenarnya geisha ni bermula sebagai penghibur yang akan menyanyi, menari dan menemani lelaki. Pekerjaan mereka termasuk menggoda tetamu lelaki tapi tak pernah membawa kepada seks.

Kisah tentang seorang wanita yang berjalan di jalan raya sekitar Tokyo dengan memegang barang misteri yang disaluti darah dan dibalut dengan keratan majalah menjadi cerita lagenda Jepun sejak berpuluh-puluh tahun lalu. Tapi apa kisah sebenarnya?

Sada Abe: Geisha yang bunuh & potong kemaluan kekasih

Sada Abe Portrait

Lahir pada tahun 1905, Sada merupakan anak perempuan bongsu dalam keluarga Abe. Sejak kecil lagi, ibu Sada sering menghantar dia untuk belajar menyanyi dan menari.

Bila Sada meningkat dewasa, dia mula menjadi remaja yang sering memberontak dan akan ponteng sekolah untuk menghadiri kelas muzik.

Malangnya, ketika Sada berusia 14 tahun, dia telah dirogol oleh seorang kenalan lelaki dan sejak dari itu, Sada memulakan kehidupan sebagai seorang remaja yang liar.

Dihantar ke rumah geisha sebagai hukuman

Hqdefault 1

Kakak Sada pernah mengatakan yang adiknya sering menunjukkan minat dalam dunia geisha. Bagaimanapun, menurut Sada, kerjayanya sebagai geisha bermula apabila bapanya menjual dia ke rumah geisha sebagai hukuman dia sering keluar dengan ramai lelaki.

Ketika di rumah geisha, Sada bercita-cita untuk menjadi salah seorang geisha terhebat di rumah tersebut, tapi pangkat tersebut hanya boleh dicapai oleh geisha yang telah dilatih dari kecil.

Kerana itu, Sada kekal menjadi geisha kelas rendah dan dikatakan perlu bersetubuh dengan pelanggan-pelanggannya.

Kecewa tak dapat naik pangkat menjadi geisha, Sada membuat keputusan untuk mengabaikan profesion ini dan meneruskan kerjaya sebagai pelacur berlesen, kerja yang memberikan lebih wang dan kebebasan.

Namun sangkaan Sada meleset, dia cuba untuk larikan diri dari menjadi pelacur tapi majikannya tak nak lepaskan Sada dan memaksa wanita ini untuk terus menjadi pelacur.

Hidup terumbang-ambing

Dari tahun 1934 hingga 1935, kehidupan Sada terumbang-ambing. Dia telah dipenjarakan selepas ditangkap bekerja di rumah pelacuran haram tempat dia bekerja sebelum menjadi perempuan simpanan seorang lelaki yang bawa dia keluar dari penjara.

Lelaki ini memberikan pendapatan bulanan dan rumah kepada Sada namun beberapa bulan kemudian, Sada tinggalkan lelaki tersebut dan berpindah keluar dari Tokyo.

Di tempat baru, Sada bekerja sebagai pelayan restoran tempat dia bertemu dengan seorang pegawai bank yang jatuh cinta pada wanita ini. Lelaki ini sanggup membantu Sada untuk berdikari dan menyarankan Sada untuk menjadi perantis sebuah restoran supaya dia boleh buka bisnes sendiri.

Dengan idea tersebut, Sada berpindah semula ke Tokyo dan mulakan apprenticeship di mana dia bertemu dengan cinta hatinya, Kichizo Ishida.

Pembunuhan Kichizo Ishida

D0V4Qwvwoaa Cgq

Kichizo Ishida merupakan seorang pemilik restoran kaya tempat Sada bekerja. Walaupun dah berkahwin, dia dikenali sebagai seorang kaki perempuan. Kichizo mula menggoda Sada hingga akhirnya membuahkan hasil.

Pasangan ini akan menghabiskan masa mereka berasmara di dalam bilik hotel. Malangnya, Sada jatuh cinta dengan lelaki yang hanya melihat dirinya sebagai objek seks. Mengingatkan yang Kichizo akan pulang ke pangkuan isterinya setiap malam mula menghantuinya.

Pada Mei 1936, Sada merasakan yang dia perlu membuat Kichizo menyesal dengan layanan yang lelaki ini berikan padanya.

Mendapat inspirasi dari sebuah teater di mana watak utama, seorang geisha menikam seorang lelaki dengan pisau dapur, Sada mula mengumpulkan baju-bajunya dan mengadaikannya untuk membeli sebilah pisau.

Seperti biasa, dia merancang untuk bertemu dengan kekasih hatinya ini dengan alasan untuk bermadu asmara.

Semasa mereka sedang asyik berasmara, Sada mengambil pisau dan letakkan pisau tersebut pada zakar kekasihnya dan mengugut untuk memotong zakar tersebut supaya Kichizo tak dapat tidur dengan perempuan lain.

Kichizo yang merasakan ugutan ini hanyalan gurauan semata-mata, dia hanya gelak dan teruskan perlakuan seksnya. Sada kemudiannya mengambil sebahagian fabrik bajunya dan mencekik lelaki tersebut semasa Kichizo sedang klimaks, tapi perbuatan wanita ini membuatkan Kichizo bertambah suka dengan “pengalaman seksual” baru.

Mereka mula melakukan seks ganas beberapa kali sebelum Kichizo tertidur keletihan. Sejurus selepas lelaki ini tidur, Sada terus mengambil semula fabrik tersebut dan mencekik kekasihnya ini hingga mati. Kemudian, dia mengambil pisau dan memotong zakar kekasihnya sebelum membalut zakar tersebut dengan keratan majalah.

Sada kemudian meninggalkan hotel tersebut dan mula merayau selama beberapa hari sambil membawa “barang berharganya” itu di dalam kimono.

Memburu Sada Abe

Sada Abe Hat Cops Og

Tak lama kemudian, staf hotel menemui mayat Kichizo tanpa zakar di bilik tersebut. Kisah pembunuhan ini mendapat liputan media yang meluas dan pemburuan pihak berkuasa untuk mencari Sada dimulakan.

Sementara itu, laporan mengatakan, ada orang ternampak Sada berjalan sambil membeli belah dan sempat tengok wayang.

Pada 20 Mei, Sada check in ke sebuah hotel menggunakan nama palsu dan menghabiskan masa menulis surat selamat tinggal pada kawan-kawannya. Dia merancang untuk membunuh diri dengan terjun dari sebuah gunung pada hujung minggu,

Untuk sementara waktu, Sada mahu berasmara dengan kekasihnya sekali lagi. Dia membuka keratan majalah itu dan meletakkan zakar kekasihnya ke dalam mulut.

Kemudian, wanita ini cuba untuk memasukkan zakar itu ke dalam kemaluannya beberapa kali sebelum mengalah kerana tak berjaya.

Saya nak simpan sebahagian dari dirinya supaya boleh kembalikan memori-memori indah bersamanya.”

Pihak polis yang mendapat tahu keberadaan Sada di hotel tersebut telah mengetuk pintu hotel dan mereka dijemput masuk ke dalam sebelum Sada mengaku bersalah dan memberikan zakar Kichizo sebagai bukti.

Ketika dia ditahan, pihak polis tanya kenapa Sada membunuh kekasih hatinya. Dia membalas:

Saya sayangkan dia, saya nak dia bersama saya. Tapi disebabkan kami bukan suami isteri, selama dia hidup selagi itulah dia akan berada dalam dakapan wanita lain. Saya tahu, kalau saya bunuh dia, tak ada perempuan lain yang dapat sentuh dia lagi. Sebab tu saya bunuh dia…”

Pengakhiran hidup Sada Abe

41Wjuklu6Ol. Ac Ul436

Sada kemudiannya dibicarakan, wanita ini meminta hakim untuk menjatuhkan hukuman mati, namun ditolak, wanita ini hanya diberikan hukuman penjara selama enam tahun dan hanya menghabiskan masa lima tahun dipenjara sebelum dibebaskan.

Walaupun Sada cuba untuk tak menonjolkan diri, tapi kesnya ini mendapat perhatian media selepas dia bebas. Sada dijemput untuk melakukan beberapa sesi temubual dan menulis buku autobiografi bertajuk A Woman Called Sada Abe.

Tak lama kemudian, Sada kembali bekerja sebagai pelayan restoran dan menjadi pekerja contoh selama 20 tahun sebelum satu hari pada tahun 1970, Sada menghilangkan diri.

Sehingga kini, tak ada rekod tentang keberadaan Sada dan nasib pengakhiran hidup Sada menjadi misteri hingga kini.

 

Sumber: ati, cc

Baca: “Tiada kaitan dengan ilmu hitam” – Kisah Sebenar Kes Pembunuhan Sensasi Mona Fandey, Kuasa Mistik Hanya Mitos?

Screenshot 2019 09 05 At 4.14.43 Pm