in

“Dia memang lelaki!” – Sepupu & Bekas Kawan Dedah Jantina Sebenar Sajat Lepas Tular Gambar Dia Buat Umrah Tapi Bertelekung?

Featured Image Sajat Lelaki 1

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Jarang lah untuk pengusaha bengkung dan emas terkenal iaitu NurSajat menjadi sebutan ramai tanpa sebarang kontroversi yang muncul.


Mesti akan ada sahaja timbul kontroversi hangat daripada usahawan itu terutama pertikaian mengenai status jantina dia yang sebenar.

Masih lagi ramai rakyat Malaysia yang tidak mempercayai pengakuan Sajat yang mengatakan bahawa dia sebenarnya khunsa.

Namun, tidak cukup dengan itu sahaja, usahawan itu sekali lagi menghangatkan lagi keadaan apabila dia bersama-sama keluarga dan rakan baiknya pergi menunaikan umrah di Makkah dengan mengenakan telekung.

Makkah Sajat3
Sumber: instagram

Boleh ke dia pakai macam tu pergi buat umrah?

Ramai yang mendebatkan mengenai pakaian yang dikenakan oleh usahawan itu semasa melakukan umrah di mana rata-rata dari mereka tidak bersetuju apabila Sajat memakai telekung ketika mengerjakan ibadah umrah.

Hal ini disebabkan oleh, ketidaksahihan akan jantina sebenar Sajat yang mana masih ramai percaya bahawa dia sebenarnya adalah lelaki dan bukannya khunsa.

Ramai juga yang bimbang dimana tindakan Sajat yang pergi solat di tempat wanita dan berkemungkinan menyentuh (salam) wanita lain di sana sedangkan mereka tidak mengetahui akan jantina Sajat yang sebenar.

Ini secara tidak langsung akan membatalkan wuduk mereka tanpa disedari.

Sepupu sendiri bongkar?

Melalui kenyataan yang dimuat naik di laman Facebook oleh sepupu Sajat sendiri, dia mengaku bahawa Sajat sebenarnya adalah lelaki dan meminta supaya ibu saudaranya iaitu ibu Sajat untuk tidak terus bersubahat dengan menipu jantina sebenar anaknya itu.

Harap sepupu aku Encik Mohammad sajjad Bin Kamaruzzaman dan Mak saudara aku Maimon binti Omar baliklah kepangkal…

Posted by Nurnilam Sari on Sunday, February 2, 2020

Pernah jadi kawan baik?

Bekas rakan yang pernah bersama-sama menaikkan perniagaan Sajat juga turut mendedahkan jantina sebenar usahawan itu.

TAG KAWAN²… BAGI DIORANG FAHAM.AKU TAK PERNAH SUPPORT DIA TIPU JANTINA SEBELUM NI… PLS FAHAM.. Memang aku dgn…

Posted by Azmah Mohammed on Sunday, February 2, 2020

Sajdiah
Sumber: facebook

Bukan itu sahaja, agensi umrah yang menguruskan keluarga Sajat turut menjelaskan bahawa mereka hanya memudahkan urusan Sajat dan keluarga untuk melakukan umrah.

83164514 2681957488701196 2550928806789513216 N
Sumber: twitter

Namun melalui caption gambar yang dimuat naik oleh Sajat sendiri di laman Instagram miliknya, dia seperti sudah lali dengan kecaman dan makian netizen dan menggangap ibadah umrahnya itu hanya ditentukan oleh Allah sahaja.

“Walaupun saya di Malaysia selalu di kutuk,di hina,di caci malah pelbagai tohmahan di berikan kepada saya,saya hanya berdiam diri.  Saya musafirkan diri saya, mungkin apa yang berlaku pada diri saya,saya anggap sudah tertulis menjadi insan bernama Nursajat.

“Bila saya sampai di sini, saya berniat dalam hati, saya nak berbicara dengan Tuhan saya,bicara soal kejadian saya,kenapa saya di lahirkan begini? Kenapa saya yang Allah pilih jadi macam ini?Kenapa saya yang banyak di berikan ujian? Kenapa saya selalu di katakan dilaknat dan syurga itu bukan milik saya? Kalau bergini kejadian saya dimuka bumi ini,kenapa Allah jadikan saya? Kenapa tidak pada orang lain? Tiada siapa yang hendak di lahirkan serba kekurangan” Sajat

Makkah Sajat2
Sumber: instagram

Allahu, semoga Sajat diberikan hidayah kelak.

 

Baca: “Ko buat apa tu jat?” – Nur Sajat Masuk ‘Hospital Bersalin’, Netizen Tertanya-tanya Sakit Apa

Ajramjat

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.