in

“Dia marah sebab tak dapat daging korban”- Lelaki Dilibas Besi & Keluarga Diancam Bunuh Angkara Dendam ‘AidilAdha’

Feature

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Tak masuk akal!


Hanya sebab tak dapat daging korban, tiga orang lelaki tergamak membelasah seorang kariah masjid di perkarangan sebuah pasar raya di Bestari Jaya, Selangor.

Mengikut cerita, kejadian berlaku pada 9.10 malam, jumaat lalu ketika mangsa yang juga merupakan seorang saudara baharu, Kumaran Ngapa (41 tahun) bersama isteri dan dua anak mereka masing-masing 2 dan 5 tahun berkunjung ke pesta lampu di hadapan pasar raya tersebut, lapor Sinar Harian.

431855
Sumber: sinar harian

Kumaran kemudiannya didatangi seorang lelaki yang dikenalinya sebelum ditarik ke kawasan perkarangan pasar raya sebelum didatangi anak kepada lelaki tersebut dan seorang lelaki tidak dikenali.

Ketiga-tiga mereka cuba mencederakan saya dengan seorang daripada mereka memukul kepala saya menggunakan topi keledar sementara lelaki tidak dikenali pula memasukkan sesuatu seperti besi dalam beg lalu melibas kepala saya hingga cedera,”

Pergelutan itu berlaku selama kira-kira 5 minit sebelum ia berjaya dileraikan orang ramai dan pengawal keselamatan pasar raya tersebut.

Kumaran berkata, akibat daripada pergelutan tersebut, dia mengalami bengkak di kepala dan hidung dan terpaksa menerima rawatan di Hospital Tanjung Karang.

Rupa-rupanya…

Selidik punya selidik, punca kejadian disebabkan tak puas hati sebab lelaki tersebut tak dapat daging korban semasa Hari Raya AidilAdha pada 11 Ogos lalu.

“Lelaki ini marah kerana tidak menerima daging korban sedangkan dia bukan dari kariah masjid kami,”

Sumber: mstar

Namun apa yang membimbangkan dia ketika ini ialah katanya suspek mengugut untuk membunuh dia dan keluarganya pada masa akan datang.

Jadi disebabkan bimbang perkara buruk berlaku, dia terus membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuala Selangor.

 

Baca : Terima kasih dik, jumpa kita di syurga- Kisah Mat Motor& Pakcik Yang Kena Halau Masjid Malam AidilAdha

1 19

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.