“Terima kasih dik, jumpa kita di syurga”- Kisah ‘Mat Motor’ & Pakcik Yang Kena Halau Masjid Malam AidilAdha

Rocket WOBIkuti kami untuk berita viral setiap hari:



Tak semua di antara kita memiliki hidup seperti yang didambakan, sedang kita bersenang lenang berehat di dalam rumah dengan aircond yang sejuk, mungkin ada yang mereka diluar sana terpaksa berteduh di bawah jambatan dengan dingin angin malam tanpa pakaian yang sesuai, tidur pula hanya beralaskan kotak atau surat khabar.

Inilah lumrah kehidupan yang perlu dilalui kita semua, ada yang senang dan ada pula yang susah.

Sama seperti kisah yang dikongsikan Ajak Santero di facebook semalam, kisah yang cukup syahdu dan penuh pengajaran yang berlaku pada malam Hari Raya AidilAdha.

 

“dik tolong anta pakcik ke TBS bole, pakcik nak balik ipoh. tak ada kenderaan waktu cm ni utk pakcik ke tbs. tadi pakcik ke masjid utk bermalam lepas tu orang halau pakcik keluar…”

kisah malam aidiladha.dari petang keluar melepak pi beraya sampai ke 12 malam, lepas tu dah tak tahu arah tuju…

Posted by Ajak Santero on Sunday, August 11, 2019

 

Kisah malam aidiladha.

dari petang keluar melepak pi beraya sampai ke 12 malam, lepas tu dah tak tahu arah tuju kemana.. meronda la dlm kwsn kampung.

TUHAN DAH ATUR JLN TU CANTIK.

pusing kampung tanpa arah tuju jam menunjukkan jam 1am, terjumpa seorang pakcik dalam linkungan 50an dengan beg galas tepi jalan berdekatan masjid tmn medan sedang melambai menahan kenderaan.. kitaorang bertiga pun behenti, bertanya sebab.

“dik tolong anta pakcik ke TBS bole, pakcik nak balik ipoh. tak ada kenderaan waktu cm ni utk pakcik ke tbs. tadi pakcik ke masjid utk bermalam lepas tu orang halau pakcik keluar”

membe dah buat muka terkejut kes halau keluar dari masjid.

aku mencelah tanya pakcik tu

“aik kenapa pula orang masjid nak halau, bukan bole ke masjid utk orang musafir tido?”

“tak tahu la. pakcik kena halau keluar. kata nya limit sampai 11malam je”

membe fikirkan kasihan, balik la uma amik helmet. terus enjut ke tbs. alhamdulillah selamat sampai.. bila sampai destinasi terus pakcik tu sendu, nangis nangis esak bhai. membe aku tanya kan duit belanje, pakcik tu cakap ada ada, tapi membe tetap hulurkan duit belanja. betul la kata membe aku, musafir ni ada duit sekalipun sampai bila je mampu bertahan. masa kitaorang nk gerak terus pakcik cakap

“TERIMA KASIH DIK. SELAMAT HARI RAYA, HATI HATI BALIK. JUMPA KITA DI SYURGA”

moga murah rezeki buat kita semua 🙌

Rasa sebak baca perkongsian Ajak, namun itu hakikat yang perlu kita terima pada masa ini. Admin pasti orang-orang masjid tersebut ada alasan mereka sendiri kenapa mereka bertindak halau pakcik tu keluar dari kawasan masjid.

 

“Terbaik bro kekal sifat yg murni walaupun kita xkaya dgn duit biar kita kaya dgn budi perkerti .. tabik spring bro ..”

Rata-rata netizen yang membaca kisah ini turut terkesan dengan apa yang terjadi kepada pakcik tersebut selain berterima kasih kepada Ajak dan kawannya yang ikhlas membantu pakcik tersebut.

Sumber: Facebook

Semoga dipermudahkan segala urusan pakcik tersebut dan kepada dua anak muda didoakan supaya dimurahkan rezeki…amin

Baca : Respect&-Feri Rosak Tak Sempat Berbuka, Aunty Dan Pemuda Cina Offer Makanan Mereka Pada Penumpang Muslim.

 

Rocket WOBIkuti kami untuk berita viral setiap hari:

Ditulis oleh Isa Zubir

Sejenis manusia yang sempoi, masuk air dan kuat makan. Spesis makhluk yang kalau gelak tak ingat dunia, tapi tak perlu risau sebab aku still waras lagi. Perkara paling penting dalam hidup aku - FAMILY dan KERJAYA, yang lain jatuh nombor dua.