in

“Dia mai pesen lain pulak” – Ruam Di Jari Simptom Baru Anda Dijangkiti Covid-19? Ini Penjelasan Sebenar

Feature 2

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Baru-baru ini, viral di social media tentang ruam merah pada jari merupakan tanda baru bahawa korang telah dijangkiti Coronavirus. Ramai yang panik sebab katanya ada antara mereka yang menghidap masalah ruam merah di jari.


Jangan risau sebab Public Health Malaysia telah pun menjelaskan perkara sebenar bahawa ruam merah tersebut tidak semestinya menjadi tanda bahawa korang dah dijangkiti virus tersebut.

Adakah ruam di jari merupakan gejala baru covid 19?Ruam merah di jari tangan dan kaki MUNGKIN petanda di kulit yang…

Posted by Public Health Malaysia on Thursday, April 30, 2020

 

Perkara ini telah menimbulkan panik dalam kalangan masyarakat sebab ramai pakar kulit di seluruh dunia melaporkan tentang keadaan terbabit.

Jari 1

Keadaan ruam merah ini dikenali sebagai Acro-Ischemia iaitu tanda ruam yang berwarna merah-ungu pada penghujung jari kaki atau jari tangan.

Kebanyakan kes ruam ini dijumpai dalam kalangan kanak-kanak yang dijangkiti virus korona pada tahap satu dan tahap dua.

Jari 2

Untuk pengetahuan korang, jangkitan tahap satu berlaku apabila pesakit tidak menunjukkan gejala jangkitan. Tahap kedua pula berlaku apabila pesakit mengalami demam, sakit tekak atau batuk namun tiada jangkitan di paru-paru.

Ruam merah ini dikatakan akan bertukar menjadi ungu selepas beberapa hari dan bagi sesetengah orang, mereka akan rasa panas dekat bahagian tersebut. Namun, perkara ini belum lagi dapat dipastikan secara sahih oleh pakar perubatan.

Jadi, korang jangan risau sangat sebab tanda ruam macam ni juga boleh disebabkan oleh jangkitan measles atau campak , penyakit tangan, kaki dan mulut (HFMD) dan jangkitan kulat dan bakteria biasa.

Cuma, korang kena lebih berhati-hati lepas ni. Kalau balik rumah tu, rasanya lebih baik kalau korang cuci tangan dan kaki sekali. 

 

Baca: “Mata rasa terbakar, kepala macam nak pecah” – Pesakit -pesakit Coronavirus Kongsi Simptom Penyakit

Simptom

Sumber: Facebook
Sumber: Facebook

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.