in

“Belum settle Covid-19, virus lain muncul” – Individu Disahkan Positif & Maut Dalam Bas, Rupanya Hantavirus Dah Lama Wujud!

Hantavirus

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Satu dunia tengah dalam kekalutan akibat pandemik Covid-19 dan baru-baru China dilaporkan menunjukkan penurunan dalam penularan wabak ini.


Namun, dalam pada itu seorang rakyat mereka dilaporkan maut disebabkan virus lain pula! Menurut Global Times, seorang lelaki dari wilayah barat daya Yunna disahkan meninggal dunia akibat hantavirus.

Seorang lelaki dari Wilayah Yunnan meninggal dunia ketika dalam perjalanan pulang ke Wilayah Shandong untuk bekerja, di dalam sebuah bas disewa pada Isnin lalu.”

Hantavirus juga merupakan sejenis penyakit berjangkit dan disebabkan itu 32 penumpang lain di dalam bas yang sama telah membuat saringan kesihatan. Bagaimanapun, maklumat tentang keputusan ujian mereka tidak dinyatakan.

Hanta1

 

Apa pula Hantavirus ni?

Hantavirus ini sebenarnya bukanlah virus yang baru datang dari China tapi sebenarnya kali pertama dilaporkan adalah di Amerika Syarikat pada tahun 1993 dulu.

Menurut CDC, virus ini dipindahkan kepada manusia oleh tikus namun tidak boleh berjangkit sesama manusia. Hantavirus ini didapati pada air kencing, najis dan air liur tikus. Selain itu, manusia boleh juga dijangkiti jika digigit tikus yang mempunyai virus ini.

Tikus2

 

Apakah simptom Hantavirus?

Berbanding dengan Covid-19 yang mempunyai simptom seperti batuk, demam dan kesukaran bernafas, jangkitan hantavirus dalam badan akan menyebabkan seseorang itu mengalami:

  • kelesuan
  • sakit otot
  • sakit kepala

Macam-macam virus weh, menakutkan!

Baca: Wabak Black Death : Virus Dari China Yang Pernah Bunuh 200 Juta Orang Pada Kurun Ke 13

Black Death

Sumber: Global Times

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.