in

“Bukan batuk dan demam je” – 15 Simptom Covid-19 Korang Kena Ambil Tahu

Collage 50

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Simptom Covid-19 paling biasa sekali adalah batuk kering dan demam panas, tapi orang yang dah pernah dijangkiti Covid-19 mengatakan yang dorang juga ada alami simptom yang lain.


Buat masa sekarang, Perkhidmatan Kesihatan Kebangsaan UK (NHS) telah menyenaraikan empat simptom Covid-19, iaitu demam panas, batuk baru atau berpanjangan, hilang deria bau dan deria rasa.

Di negara-negara lain pula telah menyenaraikan beberapa simptom lain seperti selesema dan cirit-birit. Dekat bawah ni, adalah beberapa senarai simptom yang pernah dialami oleh pesakit Covid-19 untuk korang ambil tahu sebagai langkah berjaga-jaga, menurut Mirror.

1. Sakit kepala atau keliru

Sakit Kepala Fmtohsem 230519 1

Pakar mengatakan, ramai pesakit Covid-19 yang dimasukkan ke dalam hospital mengadu mengalami simptom neurologikal seperti sakit kepala, keliru, sawan malah strok.

Kecelaruan biasanya dialami oleh pesakit yang memerlukan bantuan pernafasan akibat dari kadar karbon dioksida dalam badan.

Apa yang merisaukan, kecelaruan boleh membawa kepada kerosakan otak jangka panjang dan biasanya pesakit yang mengalami simptom ini mungkin tak boleh bertahan.

Pun begitu, beberapa pakar percaya yang kecelaruan ini berpunca dari rawatan yang tak diurus dengan betul.

2. Selalu rasa nak ke tandas

553 1

Simptom ringan Covid-19 yang dilaporkan adalah keinginan untuk ke tandas bertambah berbanding biasa.

Menurut pakar, jika ada masalah penghadaman seperti tabiat ke tandas berubah atau cirit-birit, ia merupakan tanda korang mengalami masalah kesihatan dan bukan hanya khusus kepada Covid-19.

3. Sakit alat sulit (testis)

046730500 1534296318 Kenali 5 Gejala Kanker Testis By Chajamp Shutterstock

Satu lagi simptom yang jarang berlaku adalah sakit pada bahagian testis.

Seorang pengkaji dari Sekolah Perubatan Harvard telah melaporkan satu kes di mana seorang lelaki berusia 42 tahun mengadu sakit pada bahagian testis.

Selepas melakukan imbasan, tak ada apa yang pelik pada bahagian testis tapi imbasan CT menunjukkan kerosakan pada bahagian paru-paru.

Dua hari kemudian, lelaki ini didiagnos positif Covid-19.

4. Tak selera makan

Unnamed

Ramai pesakit Covid-19 mengadu yang selera makan dorang berkurang. Mostly, disebabkan dorang alami batuk dan demam, dorang memang tak larat nak bergerak mahu pun makan.

5. Ruam di kaki

5Eac2Bf439Dac

Bulan lepas, Majlis Umum Podiatrist Rasmi Sepanyol memberitahu yang beberapa pesakit Covid-19 mempunyai ruam di kaki mereka.

Ruam warna ungu lebih kurang sama seperti penyakit demam campak yang biasanya timbul di bahagian kaki dan sembuh tanpa meninggalkan kesan.”

Biasanya bintik-bintik ini ditemui pada pesakit yang lebih muda termasuk, remaja dan kanak-kanak.

6. Sakit perut

034623600 1541466328 Sering Sakit Perut Jangan Jangan Kena Ibs By Gballgiggsphoto Shutterstock

Kajian baru dari Jurnal Amerika tentang Gastroenterologi telah mengaitkan sakit perut dengan Covid-19.

Mereka temui, 48.5% daripada 204 orang yang dijangkiti Covid-19 di Hubei China telah mengalami cirit-birit yang mengakibatkan sakit perut.

7. Batuk kering

Batuk Easy Resize.com

Simptom yang paling sering berlaku adalah batuk kering. Kalau korang adalah perokok, korang akan rasa kelainan dengan batuk yang sering korang alami dan biasanya ia akan berlanjutan hingga setengah hari atau lebih lama.

8. Sakit Tekak

Sakit Tekak Ketika Menelan 07 12 599081

Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit (CDC) baru-baru ini telah memasukkan sakit tekak sebagai salah satu simptom Covid-19.

Bagaimanapun, simptom ini jarang berlaku dan hanya terjadi pada 10% kes Covid-19.

9. Demam panas

Jangan Buru Buru Minum Obat Penurun Panas Saat Demam Alodokter 03 49 157120

Demam panas merupakan simptom biasa bagi Covid-19. Menurut NHS, demam panas ini boleh dikesan bila pegang dada atau belakang tanpa perlu menggunakan pengesan suhu.

10. Hilang deria rasa dan bau

Hilang deria rasa dan bau ini bermaksud kalau korang perasan korang tak boleh bau atau rasa apa-apa atau bau atau rasa berbeza dari sebelumnya.

12. Sukar bernafas

A Woman Experiencing Shortness Of Breath Because Of

Kalau dada korang mula rasa sesak atau susah nak bernafas, korang mungkin dijangkiti Covid-19. Biasanya orang muda yang tak ada sejarah penyakit jarang alami simptom ni.

13. Sakit mata

Sakit Mata

Korang mungkin akan alami sakit mata macam alergik atau terkena habuk cuma bezanya, sakit mata ini bukan berpunca dari habuk atau binatang tapi disebabkan oleh virus ini.

14. Mengigil kesejukan

Badan Menggigil Shutterstock David Stuart

Menurut kajian, 55,924 kes di China dari mulanya virus ini dikesan, 11.4% mengadu badan rasa sejuk hingga menggigil.

15. Sakit badan dan otot

Woman Shoulders Pain Ache 1278105

CDC telah menambah senarai simptom Covid-19 adalah termasuk sakit otot dan badan.

 

Baca: “Dia mai pesen lain pulak” – Ruam Di Jari Simptom Baru Anda Dijangkiti Covid-19? Ini Penjelasan Sebenar

Screenshot 2020 06 30 At 7.35.07 Pm

Sumber: FMT
Sumber: mStar
Sumber: KlikDokter
Sumber: Kemurungan
Sumber: Kompas
Sumber: KlikDokter
Sumber: Blog
Sumber: Keluarga
Sumber: Keluarga
Sumber: UiTO
Sumber: Deherba.com

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.