“Dia ketuk tingkap kereta mama…” – Modus Operandi Mat Pet Terbaru, Ketuk Pintu Buat Cerita Macam Ni?

Rocket WOBIkuti kami untuk berita viral setiap hari:



Kepada ibu-ibu di luar sana, make sure korang sentiasa aware dengan persekitaran terutamanya bila ada anak-anak bersama. Zaman sekarang dekat mana-mana tempat awam pun dah tak selamat. Jangan kata dekat public, duduk dalam kereta berkunci pun masih tak selamat ye!

Macam apa yang berlaku dekat seorang ibu baru-baru ni. Menurut Puteri Nurauni, dia bersama anak-anak dekat dalam kereta dan tiba-tiba ada orang ketuk tingkap. Insiden tu memang tak dapat dilupakan dan Puteri ambil keputusan untuk share pengalaman dia dekat Facebook.

Maaf, bukan nak aibkan sesiapa. Siapa kenal lelaki ni? Dia ketuk tingkap kereta mama kat Shell Batu Buruk minta duit.”

Puteri yang membahasakan diri dia sebagai mama tu beritahu pada kawan Facebook dia that masa kejadian dia terlupa pesanan supaya jangan buka tingkap kalau ada orang tak dikenali ketuk.

“Mama turunkan tingkap tak ingat dunia. Sekali dia mari himpit lagi dekat. Cepat-cepat mama naikkan balik tingkap.

“Dia minta duit ketor-ketor dengan kita macam nak cepat-cepat. Katanya bini beranak dekat hospital. Nak minta duit tukar tiub motor.”

Sumber: Facebook

Menurut Puteri, lepas lelaki tu bagitahu nak tukar tiub motor, dia terus tengok motor dan katanya waktu tunggang motor, tak nampak pula macam tayar kempis.

“Mama tengok motor dia tu. Dia naik Nouvo. Nouvo pakai tiub ke? Bukan ke tayar macam kereta. Tak ada tiub? Bunga pun banyak lagi. Dia bawak tadi tak ada pula nampak kempis.”

Lepas minta dekat Puteri, lelaki tu terus pergi ketuk tingkap kereta dekat sebelah kiri dan kanan dia pula. Dalam bakul motor lelaki tu ada beg warna merah. Sambil bercakap lelaki tu capai beg dia dan nak buka. Puteri terus naikkan tingkap sebab risau lelaki tu keluarkan apa-apa yang boleh bahayakan dia dan anak-anak.

Sumber: Facebook

Ramai netizen yang baca post Puteri ni berpesan supaya dia lebih berhati-hati lepas ni especially kalau ada bawa anak sekali. Ada juga yang kata, ini memang modus operandi baru geng-geng ‘mat pet’ dekat kawasan tu.

Sumber: Facebook

Ada juga yang share dekat bahagian komen pengalaman didekati lelaki yang minta duit. Dan paling dahsyat sekali, ada yang kata pernah kena dengan lelaki yang sama 2 tahun lepas!

Sumber: Facebook

Hati-hatilah korang semua tak kira lelaki ke perempuan. Zaman sekarang tak kira jantina memang ada possibility jadi mangsa!

Baca: Guna Alasan Bateri Kereta Habis, Ini Gaya Modus Operandi Pasangan ‘Pow’ RM 200 Di Petronas Setia Alam

Rocket WOBIkuti kami untuk berita viral setiap hari:

Ditulis oleh Sue Idris

Seorang ibu. Siapa cakap anak aku tak comel siap eh!