in

“Dia keluar minta tolong” – Harimau Disangka Jinak Rupanya Sakit, Kematian Awang Besul Undang Kesedihan Netizen

Collage 48

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Minggu lepas, penduduk kampung Besul Lama di Dungun digemparkan dengan kejadian dua harimau berkeliaran dalam kawasan kampung. Walaupun takut dengan kemunculan harimau ini, ramai yang mengatakan haiwan ini kelihatan ‘jinak’.


Ekoran dari laporan dan video tular, pihak Perhilitan telah mengambil langkah untuk menjejaki dua harimau itu dan berjaya menangkap salah seekor dari harimau ini sebelum mendapati harimau tersebut cedera pada bahagian kaki dan mata. Bukan tu je, Harimau Belang yang diberi nama Awang Besul ini juga dikatakan berada dalam keadaan dehidrasi. Kesiannya…

67408365 2841747319172084 4718148941911162880 N

Menurut kenyataan media dari Jabatan Perhilitan, Awang Besul telah dibawa ke Pusat Menyelamat Haiwan Liar (NWRC) bagi mendapatkan rawatan rapi. Bila NWRC buat pemantauan, rupa-rupanya Awang Besul ni ‘jinak’ sebab dia sakit. Dorang tengok haiwan ni berpusing satu arah bila berjalan, sawan dan ada jangkitan pada saluran pernafasan dan ia disahkan mengidap “Virus Canine Distemper”.

Malangnya, lepas pelbagai usaha dari NWRC untuk menyelamatkan Awang Besul, dia telah disahkan mati oleh Doktor Veterinar Jabatan Perhilitan pada 5.30 pagi semalam.

https://www.facebook.com/perhilitanofficial/posts/2844446672235482

Kalau korang nak tahu, pihak Perhilitan tak menafikan virus yang menjangkiti Awang Besul ini ada kemungkinan turut tersebar pada kehidupan liar lain yang ada berhampiran kawasan Kampung Besul Lama ini.

“Selamat tinggal, Awang Besul”

Ramai netizen turut bersedih dengan kematian Awang Besul ini dan mengharapkan haiwan-haiwan liar lain tak menerima nasib yang sama sepertinya.

Screenshot 2019 07 24 At 9.53.42 Am Screenshot 2019 07 24 At 9.55.14 Am Screenshot 2019 07 24 At 9.56.40 Am

Kalau korang ada nampak harimau ada apa-apa haiwan liar berhampiran kawasan penduduk, call nombor 1-800-88-5151 ni tau!

 

Baca: “Ni petanda apa ni?” – Dua Fenomena Luar Biasa Berlaku Di Terengganu, Sepasang ‘Paus Pembunuh’ & Harimau Datang ‘Melawat’

Screenshot 2019 07 24 At 10.03.20 Am

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.