in

“Ni petanda apa ni?” – Dua Fenomena Luar Biasa Berlaku Di Terengganu, Sepasang ‘Paus Pembunuh’ & Harimau Datang ‘Melawat’

Collage 38

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Kalau korang masih ingat, sebelum berlakunya tsunami pada tahun 2004 dulu, penduduk di sekitar pantai terkejut apabila melihat banyak ikan melompat ke darat.


Baru-baru ni, fenomena luar biasa berlaku di Terengganu dua hari berturut-turut. Menurut Bernama, pada hari Selasa lepas, 16 Julai, sepasang Paus Orca atau dikenali sebagai killer whale muncul buat pertama kalinya di perairan Terengganu.

Kemunculan paus pembunuh ini dirakam oleh beberapa kakitangan Petronas yang menyedari tentang kehadiran dua haiwan ini berhampiran pelantar mereka.

https://www.youtube.com/watch?time_continue=2&v=-euREfsVWeI

Kalau korang nak tahu, Paus Orca merupakan haiwan pemangsa yang digeruni dan menduduki tangga teratas dalam rantaian pemakanan di ekosistem lautan dengan memakan sotong, penyu, burung laut, jerung, anjing laut dan ikan lumba-lumba. Peh dahsyat!

Bukan tu je, paus pembunuh ni juga menyerang manusia di luar negara. Walaubagaimana pun, haiwan terancam ini perlu dilindungi dan kalau ternampak, mereka perlu menghubungi mana-mana Pejabat Perikanan Daerah atau Negeri dengan segera.

Lepas paus, harimau pulak…

Selepas, peristiwa bersejarah Paus Orca ini, semalam penduduk di Dungun, Terengganu pula digemparkan dengan peristiwa dua harimau masuk kampung.

Dalam video-video yang sedang tular ini menunjukkan dua harimau belang ini ‘sesat’ dan berjalan-jalan di atas jalan raya di Bukit Besi.

Malah, menurut Kosmo, salah seorang penduduk yang sedang membaiki rumahnya telah dijilat harimau yang disangka kucing ini sebelum berlari membawa anaknya masuk ke rumah untuk berlindung.

Ekoran dari kemunculan haiwan yang luar biasa ini, ramai penduduk di sana telah keluar untuk tengok sendiri harimau ini secara live hingga sanggup membahayakan diri dan pergi dekat dengan haiwan liar tersebut untuk merakam peristiwa ‘pelik’ tersebut.

Dua ekor harimau ini telah pun kembali ke habitatnya pada petang semalam lebih kurang pukul 5.30 petang.

Pelik kan? Tapi mungkin dorang ‘sesat’ masuk tempat baru sebab tempat lama dorang terancam kot. Kesiannya. Harap-harap dorang selamat di habitat asal dan tak adalah manusia-manusia lain yang sibuk nak memburu dua spesies terancam ni.

 

Baca: “Pening lagi dari minum ketom” – Konon Nak Tunjuk Harimau Tapi Netizen Naik Frust Tengok Video Ni Goyang-Goyang

Screenshot 2019 07 19 At 10.32.54 Am

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.