in

“Dia kan Korean, mana boleh paksa adat kita” – Ernie Zakri Tampil Respon Makcik Bawang Yang Tegur Maryam

Ft Ernie Backup Maryam

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Setelah lama mendiamkan diri, nama Duriankimchi (Ryzal & Maryam) sekali lagi menjadi buah mulut orang ramai berkenaan dengan isu pantang.


Ia berikutan dengan foto  mesra yang dimuat naik oleh mereka dengan menyatakan bahawa pasangan antara lelaki melayu dan gadis Korea ini baru sahaja selesai marathon.

 

Maryam

Ia menjadi isu adalah, umumnya tahu bahawa pasangan ini telah dikurniakan cahaya mata pertama bulan lalu, dalam adat Melayu, selepas bersalin kena ada tempoh waktu pantang.

Pantang melakukan sebarang aktiviti berat dan pemakanan, jadi, ia menjadi satu teguran buat salah seorang netizen menegur wanita yang berasal dari Korea itu dengan kaitkan cara orang kita pantang.

Isu ini jadi viral sejak semalam apabila ia menjadi satu pertikaian dan mengundang kemarahan warganet terhadap sikap ‘makcik bawang’ itu.

Luar biasa marathon kali ni. Agak-agak bila sampai Langkawi ya..

Posted by duriankimchi on Saturday, November 27, 2021

Pelbagai pihak memberikan pandangan termasuklah para selebriti sendiri, antaranya Ernie Zakri yang juga bakal menimang cahaya mata ini.

Sebelum ini, Duriankimchi sendiri telah memberikan respon bahawa Maryam ini seorang wanita dari Korea dan semestinya dia tidak ikut pantang cara Melayu.

Pendapat itu turut dipersetujui oleh penyanyi lagu Gundah ini, menurutnya kita tak boleh paksa orang bukan dari adat kita untuk ikut cara kita.

 

Tahu lah mereka jaga diri – Ernie Zakri

Kata-kata Ernie itu turut dipersetujui oleh netizen. Malah Duriankimchi sebelum ini pun ada menegur bahawa kita tidak sepatutnya berfikiran seperti masyarakat Melayu sahaja di muka bumi ini.

Selain itu, Ernie ada menyatakan bahawa mereka mungkin ada cara mereka sendiri untuk menjaga kesihatan mereka.

 

Baca : Muat Naik Gambar Mesra, Ryzal & Maryam Sekali Lagi Dikecam Isu Pantang

Maryam Dan Ryzal Dikecam Isu Pantang

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.