in

“Dia hisap payudara selama 5 minit” – Polis Kelantan Raba & Minta Cium Dari Wanita Thai Yang Lari Dari Roadblock?

Collage 32

Betul ke apa yang admin baca ni? Seorang polis trafik di Kelantan baru-baru ni ditahan sebab dituduh mencabul dan cuba mengugut seorang wanita Thai. Whattt?

Menurut Malay Mail, pada 21 Mei, seorang wanita warganegara Thailand dikatakan telah membuat U-turn untuk mengelak roadblock di Rantau Panjang sebab tingkap keretanya gelap. Ekoran dari tindakan wanita ini, seorang polis telah menaiki motosikal dan mengejar keretanya.

Satu sumber yang familiar dengan kes ini memberitahu Malay Mail yang polis tersebut telah mengarah wanita itu untuk berhenti di bahu jalan sebelum memeriksa dokumen dan kereta.

Namun bukan setakat itu saja, pegawai ini telah masuk ke dalam kereta wanita tersebut dan membuat pemeriksaan fizikal pada badan wanita itu sebelum bertanya berapa yang wanita ini sanggup bayar untuk dilepaskan.

Armyshadow
Gambar hiasan

“Kerana takut, wanita itu telah menawarkan RM50 kepada suspek tapi pegawai itu kata tak cukup.”

Suspek itu kemudian meminta wanita tersebut menciumnya tapi bila ditolak, suspek mengangkat baju wanita itu dan menghisap payudara wanita itu tanpa kerelaannya selama lima minit sebelum beredar.”

Pada hari yang sama lebih kurang pukul 4.50pm, wanita tersebut membuat laporan polis di Balai Polis Rantau Panjang.

Pihak polis telah mengambil tindakan segera dengan menjejaki dan seterusnya menahan suspek yang berusia 25 tahun ini. Suspek telah berkhidmat sebagai pegawai polis selama tiga tahun.

Sementara itu, pihak berkuasa telah meminta wanita Thai ini untuk menjalankan pemeriksaan perubatan di Hospital Pasir Mas.

Walaupun pihak polis masih belum memberikan kenyataan rasmi tapi kes ini sedang disiasat dibawah akta mencabul dengan niat jahat ke atas seseorang dan memeras ugut.

Kalau betul pegawai polis tu buat macamni, harapnya dia dapat hukuman yang setimpal dengan kesalahannya.

 

Baca: Polis Johor Kantoi Ambil Dadah Dalam Balai Tapi Kena Denda RM1,800 Je?

Screenshot 2019 05 23 At 12.35.05 Pm