Baru-baru ini, nama pelakon Zul Yahya menjadi perhatian apabila dia dilaporkan sedang melalui fasa sukar susulan perniagaan yang diusahakannya kurang stabil sehingga menjejaskan keadaan kewangan keluarga.
Ekoran itu, Persatuan Karyawan Malaysia (Karyawan) tampil ingin untuk membantu Zul, namun akur dengan keputusan pelakon itu yang enggan menerima sumbangan daripada persatuan itu.
“Kami ingin membantunya dengan menghulurkan sedikit sumbangan. Zul bagaimanapun ada menghubungi saya dan menjelaskan situasinya setakat ini masih okay.
“Zul bagaimanapun mengucapkan terima kasih kepada Karyawan kerana mengambil perhatian berkenaan nasibnya. Saya rasa bukan dia yang minta perhatian.
“Ada orang lain yang ‘highlight’ cerita ini, dia susah dan sebagainya. Bukan dia. Nampak dia pun tak berapa nak ‘highlight’ masalahnya dan nak privasi,” kata Presiden Karyawan, Datuk Freddie Fernandez.
Artikel berkaitan: “Anak bini tidur kedai, bil rumah tertunggak” – Zul Yahya Luah Sedih Bisnes Merudum
Artikel berkaitan: Jalan Kaki Seorang Diri Dari Jam 4 Pagi, Netizen Dakwa Zul Yahya Ada Masalah Keluarga?
Menurutnya, Zul adalah antara ahli terawal Karyawan apabila persatuan ini ditubuhkan pada 2000.
Sehubungan itu, semua pihak perlu menghormati pendirian Zul sekiranya dia boleh mencari jalan terbaik untuk dirinya dan keluarga.
@datoserividaofficial Ambil setiap kebaikan dan nasihat yang diberi tanpa melihat siapa yang menyampaikan . Insyallah sama sama perbaiki diri & sama sama support satu sama lain terima kasih @zulyahya daie sudi bersama saya hari ini❤️🥰 #masukberanda #fyppppppppppppppppppppppp #masukberandamuu #zulyahya
♬ original sound – QU PUTEH BARULAH PUTEH – QU PUTEH BARULAH PUTEH
“Saya ada bercakap dengannya kalau perlu apa-apa bantuan, beritahu sahaja. Dia jawab okay dah tentu, jadi saya rasa dia bukan minta sesiapa tolong pun.
“Tapi bila ada cerita yang keluar saya tengok dan hubungi dia, jawapannya begitu. Kita tunggulah, kalau dia perlukan bantuan, Karyawan sedia untuk membantu.”
Masalah yang dihadapi Zul turut mendapat perhatian usahawan terkenal Datuk Seri Vida, yang tampil membantunya dalam live TikTok semalam.
Sumber: Harian Metro
