in

“Mereka dapat hidupkan amalan2 masjid” – Zul Yahya Sarankan Pesakit Covid 19 Islam Dikuarantin Di Masjid

fi zul

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Mungkin ramai mengenali pelakon Zul Yahya, yang kini dilihat sudah semakin memperlahankan aktivitinya di dalam industri seni. Hal ini terjadi apabila dia dilihat sudah menukar imejnya serta mahu mendalami ilmu agama.

Namun sebelum-sebelum ini, Zul pernah mengeluarkan beberapa kenyataan yang menjadi perhatian ramai hingga mendapat kecaman netizen. Terbaru di laman Facebooknya, selebriti tersebut ada menyuarakan pandangannya berkaitan isu kuarantin untuk pesakit Covid 19.


 

Umat islam positif covid kuarantin di masjid

Pelakon tersebut mempersoalkan tentang urusan umat islam yang dijangkiti Covid 19 supaya mereka dikuarantinkan di dalam masjid. Baginya, hal ini bagus bagi membolehkan segala amalan untuk dilakukan secara berjemaah dan mendapat lebih banyak pahala.

Dia juga turut menambah bahawa banyak kegunaan masjid ini kerana ia merupakan rumah Allah SWT. Selebriti itu turut persoal tentang bagaimana untuk kita mendapat bantuan dari Allah SWT, sedangkan masjid tidak kita kunjungi. Di samping itu, dia turut berkata bahawa pandemik ini adalah satu hikmah untuk kita dan bukannya sejenis musibah yang diturunkan.

zul 1

 

Sanggup tolong uruskan

Selain itu Zul turut menyatakan niatnya untuk membantu menguruskan mereka yang dikuarantin di masjid, selain menyatakan kegembiraannya jika solat fardhu dapat dilakukan bersama-sama jemaah lain. Dia turut menambah, bahawa perkara ini boleh dilakukan jika adanya usaha dari kita sendiri.

“NAK SERIBU DAYA TAK NAK SERIBU DALIH” tulisnya

zul 2

Apa komen korang? Tapi apa-apa pun kita patuhi SOP telah dikeluarkan oleh kerajaan okay!

 

Baca : “Bukan lagi zaman nak kejar anak dapat berapa A” – Viral di Twitter, Netizen Kecewa Zul Yahya Berhentikan Anak Dari Sekolah?

foot zuk

Sumber: Facebook
Sumber: Facebook

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.