in

“Dia buat catwalk pulak…” – Dua Wanita Kena Hentam Dengan Kereta Sebab ‘Rileks’ Je Melintas

Lintas Melenggang
Lobak Merah
Lobak Merah
"Dia buat catwalk pulak..." - Dua Wanita Kena Hentam Dengan Kereta Sebab 'Rileks' Je Melintas
Loading
/

Sebelum melintas jalan kita kena tengok kiri dan kanan dan pastikan tiada kenderaan baru melintas, betul tak? Atau pun lagi selamat kalau guna jejantas yang disediakan.

Melintas tanpa memikirkan keselamatan memang boleh membawa padah especially kalau lintas jalan besar. Kalau tak berhati-hati boleh jadi macam dua wanita ini yang dilanggar sebuah kereta ketika melintas jalan.

Lintas1
sumber: facebook

Kejadian malang yang berlaku tu berjaya dirakam kamera CCTV dan rakaman video itu dimuat naik dekat Facebook group semalam. Video tu terus dapat perhatian netizen sebab menurut mereka, dua wanita itu mencari padah sendiri.

Tidak dinyatakan di mana kejadian tu berlaku tapi dalam rakaman CCTV tersebut, dua wanita terbabit dilihat melintas jalan raya besar yang mempunyai 3 lanes.

Kalau tengok melalui video tu, nampak kedua-dua mereka berjalan santai padahal ada dua motor yang tengah lalu jalan tu. Cara mereka jalan tu ibarat macam itik pulang petang, sambil bersembang perlahan je langkah tu.

Lintas2
sumber: facebook

Ketika menghampiri lane paling hujung, tanpa melihat ke kiri iaitu dari arah kenderaan datang, mereka terus je melintas dengan langkah yang perlahan.

Tiba-tiba ada sebuah kereta yang dipandu laju melanggar dua wanita itu sehingga menyebabkan kedua-duanya melambung tinggi dan terpelanting.

Lintas
sumber: facebook

Tonton rakaman tu:

Netizen yang dah tonton video tu dekat Facebook rata-rata  setuju yang dua mangsa tu sebenarnya yang cari nahas sendiri. Ada juga yang persoal kenapa tak guna jejantas, walaupun dalam video tu memang tak nampak ada jejantas berdekatan.

Komen 1
sumber: facebook

Tak pasti macam mana keadaan kedua-dua mangsa dan apa tindakan yang dikenakan terhadap pemandu tetapi ramai yang anggap kalau dua wanita itu hidup memang miracle sebab hentakan tu kuat sampai terpelanting.

Apa-apa pun kalau ada jejantas, gunalah kemudahan tu. Kalau tak ada, hati-hati, make sure jalan betul clear baru lintas sebab malang tidak berbau…

Baca: “Sikit lagi weh nak kena” – Akibat Berada Dekat Blind Spot Lori, Wanita Dilanggar Dan Nyaris Digilis

12Aa